8 PERMASALAHAN DALAM PENGURUSA HARTA PUSAKA

MENGAPA PENYELESAIAN HARTA PUSAKA TIDAK DISEGERAKAN?

FAKTOR KELEWATAN

  1. Salah Tanggapan

Terdapat di kalangan masyarakat masih berpegang kepada ungkapan “berdosa jika terlalu awal membahagikan harta pusaka ketika ‘tanah kubur masih merah’.

  • Ini tanggapan salah. Tiada nas atau dalil. Hanya perbualan dikedai kopi.
  • Sepatutnya disegerakan pembahagian selepas kematian, harta si mati menjadi hak waris.
  • Sayidina Umar r.a. pernah memadamkan pelita seorang sahabatnya yang meninggal dunia.

2. Terlalu Sopan

Bimbang untuk bersuara, takut dikatakan tamak / hendakkkan harta. Justeru harta dibiarkan.

  • Sikap seperti ini perlu diubah. Semua patut berfikiran positif.
  • Menuntut pusaka bermakna menuntut hak. Menunaikan tanggungjawab agama.

3. Tiada Pengetahuan

Ilmu berkaitan pengurusan dan pembahagian pusaka makin diabaikan.

Tidak hairanlah jika tidak ramai yang berkebolehan dalam urusan pembahagian pusaka.

  • Sukar untuk membuat rujukan / khidmat nasihat
  • Waris tidak tahu apa yang hendak dibincangkan

4. Sikap Tidak Prihatin

Dengan menganggap penyelesaian pusaka suatu yang remeh temeh, ramai yang tidak mengambil berat untuk menyelesaikannya.

  • Tidak mengambil peduli tentang harta pusaka
  • Tidak memberikan kerjasama ketika ada pihak yang berusaha untuk menyelesaikanya
  • Membiarkan harta beku / terbiar / terbengkalai sehingga ada sesuatu yang menguntungkan seperti berhajat untuk menjualnya, menggadai atau terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan
  • Tiada tanggungjawab
  • Tidak bersyukur dengan harta orang tua
  • Enggan pulang untuk selesaikan pusaka dengan alasan tiada masa / tidak berbaloi (sedikit).

5. Menaruh Harapan Kepada Anak Sulung

Anak sulung lelaki sewajarnya menggantikan tempat orang tua. Oleh itu sepatutnya bertanggungjawab ke atas adik-adik dan berusaha menyelesaikan pusaka.

  • Anak sulung tidak mahu bertanggungjawab
  • Anak sulung tidak tahu apa yang patut dilakukan
  • Adik-adik takut bersuara, manakala anak sulung tidak cuba mengadakan perbincangan atau meminta adik-adik menguruskan pembahagian
  • Sebenarnya sesiapa juga di kalangan waris boleh menguruskan pembahagian tetapi adat menghormati anak sulung lebih diutamakan.

6. Tidak Mahu Harta Berpindah Kepada Orang Lain

Ada yang selesa menduduki / memiliki / mengusahakan tanah si mati.

  • Sekiranya dibahagikan, takut kalau waris lain menuntut hak masing- masing. Oleh itu lebih baik dibiarkan sahaja dengan nama si mati.
  • Ketika waris-waris lain berdiam diri, elok tidak dibahagi untuk menjaga hubungan mesra di kalangan waris.
  • Sekiranya tidak mendapat persetujuan semua waris, bermakna seseorang itu mendudukki, memilikki atau mengusahakan harta pusaka secara batil. Hukumnya berdosa.

7. Wujud Pertelingkahan Di Kalangan Waris

Pusaka tidak diselesaikan kerana waris-waris bertelingkah sesama sendiri samada sebelum kematian atau selepas kematian.

  • Bagaimana hendak mengadakan perbincangan sekiranya tidak dapat bersua muka?

8. Tiada Persefahaman

Masing-masing dengan pendapat dan kemahuan sendiri. Tiada tolak ansur. Pentingkan diri.

Realiti Sekarang: ramai yang menyegerakan pembahagian terutama ketika si mati meninggalkan harta alih seperti kenderaan, wang simpanan, saham dsb.

KESAN KELEWATAN

Melengah-lengahkan penyelesaian harta pusaka mengundang banyak masalah antaranya:

1. Makan Harta Secara Batil.

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)

harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi

dan sebagainya). (Surah An-Nisaa’ 4 : 29)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari tujuh lapisannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Waris tidak segera menjelaskan hutang si mati

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya: Roh seseorang Mukmin (sesudah matinya) adalah tergantung-

gantung ( dan tersekat dari sampai ke makamnya yang mulia di sisi Allah) sehinggalah hutangnya dibayar.[i]

(Riwayat Ahmad)

[i] Al-Syeikh Ahmad Mukhyiddin al-‘Ajuz, 1986. Al-Mirath al-Adil Fi al-Islam, Beirut : Muassasah al- Ma‘arif, hlm. 32. ØHutang si mati wajib diselesaikan segera setelah disempurnakan urusan pengebumian samada diwasiatkan atau tidak. ØMengikut pendapat yang asah dalam Mazhab Syafi‘I, hutang kepada Allah didahulukan daripada hutang kepada manusia.

3. Waris Tidak Menunaikan Wasiat Si Mati.

  • Sekiranya wasiat itu sah mengikut hukum syarak, adalah menjadi tanggungjawab waris melaksanakan wasiat tersebut dengan segera.
  • Adakalanya wasiat tidak dilaksanakan sekian lama sehinggalah harta pusaka tersebut dibahagikan setelah setahun atau mungkin beberapa tahun selepas kematian.

4. Harta Tidak Terurus / Terbiar.

  • Terdapat di sebuah kampung misalnya sebuah rumah terbiar. Iaitu rumah pusaka.
  • Merugikan waris kerana tidak manfaatkan peninggalan orang tua.
  • Sebelum pembahagian, status harta tidak pasti milik siapa. Tiada siapa yang akan bertanggungjawab.
  • Cukai tanah tidak berbayar, semak samun tiada siapa bersihkan, musim buah tiada siapa datang menebas, lalu dibiarkan buah-buah itu gugur.

5. Urusniaga Hartanah Beku.

  • Dari segi undang-undang, selagi tanah didaftarkan dengan nama si mati, sebarang urusniaga sperti juala beli, gadaian, cagaran, sewaan dan sebagainya dibekukan.
  • Ada yang menjual melalui surat perjanjian, akan menyebabkan keresahan/kerisauan kepada pembeli kerana hakmilik tidak boleh ditukar nama.
  • Ada kemungkinan agihan duit hasil jualan tidak betul kerana kejahilan ilmu faraid atau sengaja meminggirkan waris tertentu.

6. Hilang Dokumen Penting.

  • Urusan pembahagian pusaka memerlukan beberapa dokumen sebagai bukti. Contohnya sijil kematian, surat hakmilik, surat perjanjian jual beli, surat wasiat dan sebagainya.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen tersebut menyebabkan penyelesaian pusaka tergendala dan kemungkinan yang menuntut tidak berjaya di dalam tuntutannya.

7. Berlaku Kematian Berlapis.

  • Kematian berlapis bermakna terdapat waris mati sebelum pusaka dibahagikan kepadanya dan dinamakan kes munasakhat**.
  • Akibatnya akan menambahkan bilangan waris yang akan menerima pusaka si mati asal.
  • Bilangan waris yang ramai mengundang kepada kesukaran mendapatkan maklumat waris, mengadakan perbincangan dsb. Sekali gus menyukarkan urusan pembahagian.

**Munasakhat menurut istilah ulama faraid iaah meninggkan sebarang ahi waris sebelum pembahagian harta waris sehingga bahagiannya berpindah kepada ahli warisnya yang lain.

Membuat perancangan awal adalah lebih baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Mulakan tindakan awal anda dengan klik link ini

Published by auliyagroup.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: