Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.

Apa Itu Faraid?
Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.
Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:
Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
Barang kemas (emas, perak dll);
Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
Tanah, kebun, ladang dll;
Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Kadar Syarat Bagi Setiap Ahli Waris
BAHAGIAN DIPEROLEHI SUAMI KEPADA SI MATI
1/2 | Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki |
1/4 | Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki |
BAHAGIAN DIPEROLEHI ISTERI KEPADA SI MATI
1/4 | Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki |
1/8 | Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki |
BAHAGIAN DIPEROLEHI ANAK PEREMPUAN SI MATI
1/2 | Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki |
2/3 | 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki |
ASABAH BI-GHAIRIH | Mempunyai anak lelaki mendapat separuh dari bahagian anak lelaki |
BAHAGIAN DIPEROLEHI CUCU PEREMPUAN ANAK LELAKI SI MATI
1/2 | Mempunyai seorang sahaja DAN tidak ada anak |
2/3 | 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak |
1/6 | Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan |
ASABAH BI-GHAIRIH | Mempunyai cucu lelaki mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki |
TERHALANG | Adanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih |
BAHAGIAN DIPEROLEHI BAPA SIMATI
1/2 | Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki |
1/6 dan ASABAH | Mempunyai anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki |
ASABAH | Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki |
BAHAGIAN DIPEROLEHI IBU KEPADA SIMATI
1/6 | Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa |
1/3 | Tidak mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa |
1/3 | Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri |
BAHAGIAN DIPEROLEHI DATUK KEPADA SIMATI
Sama seperti Bapa | Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa |
BAHAGIAN DIPEROLEHI SAUDARA PEREMPUAN SEIBU SEBAPA KEPADA SIMATI
1/2 | Tiada anak ,cucu bapa DAN tiada waris yang menjadikan Asabah |
2/3 | Dua orang atau lebih dengan syarat tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikanya Asabah |
ASABAH | Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk |
TERHALANG | Adanya bapa, ATAU anak lelaki Atau cucu lelaki dari anak lelaki |
BAHAGIAN DIPEROLEHI SAUDARA PEREMPUAN SEBAPA
1/2 | Hanya seorang, tiada anak, cucu, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikanya Asabah |
2/3 | Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikanya Asabah |
1/6 | Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa |
ASABAH | Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk |
TERHALANG | 1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung |
BAHAGIAN DIPEROLEHI SAUDARA PEREMPUAN SEBAPA
1/6 | Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki |
1/3 | Dua orang atau lebih tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki |
TERHALANG | Adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki |
Memahami kaedah pembahagian harta dalam Islam amatlah penting dan dititik beratkan malahan perlaksanaannya adalah berdasarkan ketetapan yang telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.
Kewajipan Sebelum Pembahagian Harta Pusaka
Antara kewajipannya adalah seperti berikut:
- Hendaklah mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengebumiannya.
- Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengebumian)
- Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.
- Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki.
PERTIKAIAN berkaitan harta pusaka adalah isu yang akan mengubah ikatan silaturahim dan persaudaraan. Disebabkan perkara itu, ia boleh menyebabkan hubungan antara adik-beradik kurang baik.
Islam adalah agama sempurna yang menyediakan medium terbaik dan praktikal sebagai penyelesaian untuk merungkai segala permasalahan harta pusaka melalui undang-undang pusaka Islam atau faraid.
Sistem faraid adalah undang-undang daripada Allah SWT yang diturunkan kepada manusia untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan.
Bukan saja dapat menyelesaikan masalah kehidupan di dunia, malah ia kekal hingga ke akhirat nanti. Undang-undang itu juga dapat mendidik manusia mentauhidkan Allah SWT sebagai pemilik mutlak.
Manusia hanyalah pelaksana amanah yang diberikan. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa, ayat 7 yang bermaksud: “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak daripada harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).”
Sistem faraid adalah satu sistem pembahagian harta pusaka yang sangat unik dan tidak ada sistem lebih baik daripadanya di dunia ini.
Melalui sistem faraid, ia menjamin semua yang berhak mendapat pusaka dan bahagian mereka melalui penentuan waris oleh syarak, adil, pembahagian yang seimbang dan setiap orang berhak menerima harta pusaka berkenaan.
Apabila si mati meninggal dunia, harta yang ditinggalkan itu adalah harta pusaka dan wajib diselesaikan dengan segera.