
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai Pelan Takaful terutamanya Pelan Perlindungan Hayat (Gantian Pendapatan). Tapi berapa ramai yang tahu manfaat sebenar.
Sesetengah pemilik polisi rasa curiga hendak hibahkan manfaat takaful kepada isteri atau suami. Maklumlah bila terima manfaat tunai RM1 Juta maunya gelap mata jadinya. Terus lupa dengan apa arahan yang diberitahu semasa hidup. Ini membuatkan pemilik polisi meletakkan penerima hibah adalah anak di bawah umur.
Sebenarnya, meletakkan manfaat hibah takaful kepada anak di bawah umur mempunyai risiko yang besar kerana anak tersebut tidak layak untuk menerima manfaat sepenuhnya jika belum cukup umur dan terpaksa melalui proses yang sukar untuk menuntutnya.
Kini anda tidak perlu lagi risau mahupun bimbang kerana ada satu instrument yang boleh menyelesaikan kerisauan atau kebimbangan anda. “Isti’man” adalah penyelesaiannya.
Fungsi isti’man adalah untuk memastikan agihan mengikut formula yang ditetapkan oleh pemberi hibah.
Dengan konsep yang diperkenalkan pemilik polisi boleh meletakkan sesiapa sahaja sebagai penerima (hanya seorang) manfaat hibah takaful tersebut. Pemilik polisi tadi hanya perlu melanggan produk isti’man untuk membuat arahan agihan seperti yang diinginkan (contohnya untuk membayar hutang, sedekah jariah, perbelanjaan bulanan anak isteri dan ibu bapa, membayar yuran pengajian anak-anak dll).
Cara perlaksanaan cukup mudah:
#1 Penerima hanya perlu membuat tuntutan di Syarikat Takaful yang dilanggani oleh pemilik polisi.
#2 Syarikat Takaful akan menyerahkan cek kepada penama (penerima hibah).
#3 Wang akan diagihkan berdasarkan arahan di dalam “Surat Ikatan Amanah” oleh Syarikat Amanah
Dengan cara ini tiada lagi kebimbangan atau was-was dalam memilih penerima hibah.
Nak tahu lebih lanjut atau berminat untuk melanggan boleh BUTANG di bawah.