Kepentingan Merancang Pewarisan Harta Dalam Islam


PERANCANGAN harta adalah salah satu mauduk yang penting yang perlu dititikberatkan dalam konteks kehidupan semasa kita. Islam menegaskan tentang keperluan untuk kita merancang dan memanfaatkan harta dengan sebaik-baiknya.

Ini dapat dilihat daripada kebijaksanaan Nabi Yusuf dalam perancangan harta yang dirakam oleh al-Quran dalam surah Yusuf dari ayat 47 hingga 49. Baginda menganjurkan agar sebahagian kekayaan hasil bumi Mesir sepanjang tujuh tahun yang subur disimpan bagi menghadapi tujuh tahun kemarau yang menyusul selepas itu.

Mekanisme pengurusan risiko yang disusun Baginda bukan sekadar berjaya menyelamatkan penduduk setempat daripada krisis makanan, bahkan dapat memberi bantuan kepada penduduk Kan’an (menurut beberapa riwayat dalam Tafsir Ibn Kathir) hingga mempertemukan Baginda semula dengan saudara-saudara kandung yang sudah lama terpisah.

Islam menyarankan pengikutnya agar merancang harta yang dianugerahkan oleh Allah bukan sekadar untuk hayatnya, bahkan kita dianjurkan mengurus dan merancang aset yang dimiliki untuk persediaan selepas kematian.

Pada suatu hari, Rasulullah menziarahi sahabatnya, Saad Ibn Abi Waqqas yang sedang gering. Saad menyatakan bahawa beliau merupakan seorang yang berharta, namun tidak mempunyai zuriat kecuali seorang anak perempuan.

Beliau meminta izin agar dua pertiga hartanya disedekahkan, namun Rasulullah melarang.

Baginda juga tidak membenarkan Saad untuk mengeluarkan separuh kekayaannya dalam bentuk sedekah. Rasulullah bersabda “Sepertiga! sepertiga itu juga banyak. Sesungguhnya, jika kamu meninggalkan zuriatmu dalam
keadaan yang kaya, lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam kemiskinan dan meminta-minta kepada manusia.” (Hadis Riwayat Muslim: 1628)

Apabila seseorang meninggal dunia, harta mereka akan digunakan bagi menampung kos pengurusan jenazah dan melangsaikan hutang yang ditinggalkan.

Harta itu kemudiannya akan diagihkan menurut hukum hakam faraid selepas wasiat si mati dipenuhi dalam kadar satu pertiga yang dibenarkan.

Sebahagian kita mungkin mempersoalkan keperluan mengurus harta pewarisan, sedangkan hukum faraid sudah tersedia. Adakah kita cuba mempertikai hukum Allah?

Ya, sebagai seorang Muslim kita amat berbangga dengan pensyariatan hukum faraid yang adil dan dinamik. Namun, terdapat beberapa instrumen alternatif bagi mengatasi situasi tidak dijangka dalam pewarisan harta.

Contohnya, jika kita mempunyai seorang anak angkat atau saudara-mara yang miskin yang tidak dikategorikan sebagai waris dalam hukum faraid. Bagaimanakah caranya kita boleh membantu mereka? Dalam kes ini, kita boleh menetapkan mereka dalam senarai wasiat dengan syarat tidak melebihi sepertiga harta perwarisan.

https://bit.ly/2UYvIl5

Konsep hibah pula boleh diaplikasi bagi membantu sebahagian waris ketika pewaris masih hidup.

Merancang pewarisan pusaka boleh mengelakkan masalah seperti pertelingkahan sanak saudara dan harta tidak dituntut. Kita boleh menggunakan khidmat pengurusan pusaka patuh shariah seperti yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.

Published by auliyagroup.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: