
Waris? Siapa waris si mati yang sebenarnya? Kadang-kadang kita tengok bila berlakunya sesuatu kematian ada adik-beradik yang sibuk nakkan harta si mati sedangkan si simati ada isteri dan anak lelaki. Yang paling malang sekali bila ibu bapa si mati yang mahu kaut semua harta peninggalan si mati walaupun si mati ada isteri dan anak lelaki dan perempuan. Dan yang paling tidak berhati perut bila isteri si mati mengaut segala harta peninggalan arwah suami walaupun si mati ada ayah dan ibu.
Untuk memastikan waris tidak memakan harta bathil (haram) dan bagi mengelakkan terputusnya tali silaturrahim adalah wajib bagi mereka mengenal ahli waris dan bahagian faraid mereka.
Di sini, saya ingin kongsikan senarai ahli waris yang wajib anda tahu:-
Golongan Lelaki
- Anak lelaki
- Cucu lelaki daripada anak lelaki
- Bapa
- Datuk sebelah bapa
- Saudara lelaki seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Saudara lelaki seibu
- Anak saudara lelaki seibu sebapa
- Anak saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara seibu sebapa
- Bapa saudara sebapa
- Anak bapa saudara seibu sebapa
- Anak bapa saudara sebapa
- Suami
- Pembebas Hamba
Golongan Wanita
- Anak perempuan
- Cucu perempuan
- Ibu
- Nenek sebelah ibu
- Nenek sebelah bapa
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Saudara perempuan sebapa
- Saudara perempuan seibu
- Isteri
- Pembebas Hamba
Walaupun ramai waris di atas yang layak menerima harta pusaka si mati. Tetapi ia bergantung kepada situasi ahli keluarga si mati. Jika si mati ada isteri, ibu dan bapa serta anak-anak. Maka, waris utama sahaja yang akan mewarisi harta pusaka tersebut.
Siapakah waris utama tersebut? Waris utama adalah:
1.Ibu
2. Bapa
3. Suami/Isteri
4. Anak Lelaki
5. Anak Perempuan
Berapakah bahagian harta pusaka?
- Ibu (1/6)
- Bapa (1/6)
- Suami (1/4)/Isteri (1/8)
- Anak lelaki (Asabah bin nafsi)
- Anak Perempuan (Asabah bil ghair)
Perkiraan di atas adalah bagi si mati yang tidak membuat sebarang perancangan harta semasa hidupnya. Bagi mereka yang membuat perancangan harta semasa hidup; sebagai contoh membuat hibah. Maka adalah lebih selamat bagi ahli waris dari termakan harta bathil (haram) dan hubungan siliaturrahim dapat dikekalkan serta menjamin harta yang ditinggalkan dapat dimiliki tanpa permasalahan atau terbeku kerana tiada wang atau masa untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan.
Sudahkan anda membuat perancangan dan pengurusan harta? Jika belum boleh klik link di bawah.