5 PERKARA WAJID ANDA TAHU TENTANG "POWER OF ATTORNEY"

Isu tentang PA ini banyak menimbulkan kekeliruan bukan sahaja kepada orang awam malahan kepada pengamal undang-undang juga.

Ramai yang memberikan PA kepada seseorang tanpa mengetahui pun apakah kesan PA tersebut kepada dirinya dan transaksi (kontrak) yang dimasukinya.

Ini sangat bahaya sebenarnya kerana apabila seseorang memasuki sesuatu surat wakil kuasa dengan seseorang yang lain, ia seolah-olah memberikan kuasa yang ada padanya berkaitan dengan sesuatu kepentingannya kepada orang lain.

Maka untuk merungkai kekeliruan tersebut, berikut senarai jenis-jenis PA dan kesan masing-masing terhadap transaksi yang dimasuki tersebut termasuklah berkaitan dengan pembatalan PA tersebut.

1. Surat Kuasa Wakil Terhad (Limited PA)

Merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh Pemberi Kuasa (Donor) kepada Wakil Kuasa (Donee) untuk tujuan-tujuan tertentu dan terhad sahaja dalam tempoh masa tertentu dan terhad sahaja.

Apabila tujuan atau tempoh masa tersebut telah berlaku/ selesai maka berakhirlah kuasa yang diberikan itu. Dan PA tersebut dianggap terbatal secara automatik.

Misalnya En. Ahmad (Donor) memberi kuasa kepada En. Khalid (Donee) untuk menanam pokok jagung di atas tanahnya untuk tempoh masa 10 bulan sahaja mulai daripada tarikh PA. Sebaik sahaja pokok jagung telah ditanam dan tempoh 10 bulan tersebut berakhir, maka PA tersebut dianggap berakhir dan terbatal.

2. Surat Kuasa Wakil Tidak Terhad (Unlimited PA)

Merujuk kepada kuasa yang tidak terhad yang diberikan oleh Donor kepada Donee untuk tempoh masa yang tidak terhad ie; selama-lamanya.

Dalam kes Unlimited PA, kuasa yang diberikan tersebut dianggap akan tetap berkekalan selama-lamanya melainkan ianya ditarik balik oleh Donor dengan persetujuan Donee atau kuasa tersebut diserahkan semula oleh Donee kepada Donor atas kerelaannya atau sekiranya salah seorang daripadanya meninggal dunia, atau hilang ingatan atau disahkan bankrup.

Misalnya En. Ahmad (Donor) beri kuasa kepada En. Khalid (Donee) untuk majukan tanahnya dengan sebarang bentuk tanaman sampailah ianya mengeluarkan hasil yang berpanjangan.

Maka selagi tanah itu dimajukan oleh En. Khalid dengan apa jua jenis tanaman dan ianya mengeluarkan hasil, maka kuasa tadi dianggap akan tetap berkekalan melainkan ianya ditamatkan oleh En. Ahmad dengan persetujuan En. Khalid atau kuasa tersebut diserahkan semula oleh En. Khalid kepada En. Ahmad atau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia atau tidak siuman atau bankrup.

3. Surat Wakil Kuasa Boleh Batal (Revocable PA)

Merujuk kepada PA yang boleh dibatalkan oleh Donor pada bila-bila masa walaupun tanpa persetujuan daripada Donee.

Misalnya En. Ahmad (Donor) beri Revocable PA kepada En. Khalid (Donee) untuk uruskan tanahnya. Maka En. Ahmad boleh pada bila-bila masa membatalkan PA tersebut walaupun tanpa persetujuan daripada En. Khalid.

4. Surat Wakil Kuasa Tidak Boleh Batal (Irrevocable PA)

Merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh Donor kepada Donee yang tidak boleh sewenang-wenangnya dibatalkan oleh Donor melainkan dengan persetujuan Donee ataupun Donee menyerahkan semula kuasa tersebut kepada Donor dengan kerelaannya, atau sekiranya salah seorang daripadanya meninggal dunia, atau hilang ingatan atau disahkan bankrup.

Misalnya En. Ahmad (Donor) beri Irrevocable PA kepada En. Khalid (Donee) untuk majukan tanahnya.

Maka kuasa tadi dianggap tidak boleh dibatalkan melainkan ianya ditamatkan oleh En. Ahmad dengan persetujuan En. Khalid atau kuasa tersebut diserahkan semula oleh En. Khalid kepada En. Ahmad atas kerelaannya atau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia atau tidak siuman atau bankrup.

5. Surat Wakil Kuasa Atas Balasan Yang Ada Nilai (PA For Valuable Consideration)

Merujuk kepada wakil kuasa yang diberikan oleh Donor kepada Donee tertakluk satu balasan yang bernilai yang diberikan oleh Donee kepada Donor.

Misalnya En. Khlaid bagi pinjam wang sebanyak RM20 ribu kepada En. Ahmad. Sebagai balasannya, En. Ahmad serahkan tanahnya dan beri kuasa kepada En. Khalid untuk memajukan tanah tersebut dan segala hasilnya akan dijual oleh En. Khalid sehinggalah selesai hutang tersebut.

Dalam kes PA sedemikian, ia dianggap tetap berkuatkuasa sehinggalah balasan tersebut sempurna keseluruhannya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Seksyen 5, 6 & 7 Power of Attorney Act 1949.

Published by auliyagroup.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: