JANGAN MENGAMBIL MUDAH TENTANG WASIAT & PENGURUSAN PUSAKA

RAMAI yang mengambil mudah tentang wasiat dan pengurusan pusaka selepas kematian hingga tidak melakukan persiapan yang sepatutnya.

Tahukah kita, apabila ketua atau ahli keluarga yang merupakan sumber pendapatan utama meninggal dunia, urusan pembahagian harta mengikut faraid dan warisan menyukarkan ahli waris yang masih hidup.

Masalah utama yang melibatkan pengurusan harta menjadi masalah adalah:

  • Sikat dan kejahilan waris.

Mereka menganggap menguruskan pusaka adalah perkara remeh yang menyebabkan mereka suka melengah-lengah yang boleh merugikan waris. Bila ada waris yang ingin membincangkan tentang harta pusaka dianggap tamak dan tidak menghormati pemilik harta. Padahal, sikap melengah-lengahkan ini dibimbangi termakan harta batil.

  • Tidak faham harta dan pusaka.

Masyarakat tidak faham dari sudut pemilikkan dan pembahagian. Harta adalah hak pemilik semasa hidup dan pusaka adalah milik waris.

  • Operasi proses pengurusan.

Bila pemilik harta meninggal dunia, semua harta atas nama arwah yang berdaftar akan beku. Untuk harta bertukar pemilikkan kepada waris ia perlu melalui proses pengurusan pusaka. Proses pengurusan pusaka melibatkan proses undang-undang sivil dan shariah. Ada 3 peringkat pengurusan yang perlu dilalui oleh waris iaitu perolehan kuasa, pentadbiran/pendafaftar/pemegang gadaian dan pembahagian.

  • Peruntukkan kos dan masa.

Tiada peruntukkan kos dan masa menyebabkan harta terus terbeku. Urusan di mahkamah tinggi melibatkan kos peguam dan jumlah 5% sudah dinyatakan di dalam akta probate. Bukan itu sahaja ia juga melibatkan kos cuti, kos travel, kos parking, kos tol, kos makanan, kos tempat tinggal, kos carian, kos ulang-alik dan lain-lain.

Ramai dalam kalangan umat Islam tidak mengetahui operasi pengurusan pusaka yang boleh berisiko rumit sekiranya tidak dirancang dari awal.

Sepas selesai proses pengebumian dan melangsaikan hutang si mati, status harta bertukar milik kepada waris yang memerlukan mereka menjalani tiga proses utama, iaitu perolehan kuasa, pentadbiran dan pembahagian kepada waris yang layak.

Sebelum pembahagian harta pusaka, waris perlu mengemukakan permohonan pusaka di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad, bergantung kepada nilai harta peninggalan si mati.

Selepas kes pengurusan pusaka difailkan, waris akan menerima surat kuasa mentadbir yang melantik salah seorang dalam kalangan waris dikenali sebagai pentadbir dalam melaksanakan tugas mencairkan aset si mati.

Surat Kuasa Mentadbir itu sangat penting bagi mereka yang ingin menuntut pusaka yang ditinggalkan seperti di Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bank, berikutan kesemua tempat itu memiliki prosedur berbeza.

Selepas semua proses tuntutan dilakukan, prosiding di mahkamah akan dilakukan untuk menentukan cara pembahagian harta pusaka.

Di sini, semua waris yang layak menerima harta akan dipanggil ke mahkamah untuk dibicarakan. Proses pembahagian ini yang akan menentukan sama ada waris ingin bahagi secara sama rata, faraid atau sepakat.

Persediaan awal perlu dilakukan oleh setiap masyarakat adalah semasa hidup, bukan menangguhkannya hingga sampai meninggal dunia.

Pemilik perlu membuat senarai harta dimiliki dan perlu memiliki maklumat lengkap sama ada aset berkenaan, mempunyai tunggakan yang perlu dibayar atau keperluan tertentu yang ditetapkan ke atas aset berkenaan.

Simpan semua dokumen yang penting di satu tempat mudah dicari. Apabila berlaku kematian, mudah untuk waris mencari dan menguruskan proses tuntutan pusaka.

Membuat perancangan harta semasa hidup sama ada melalui faraid, wakaf, hibah dan wasiat satu pertiga kepada bukan waris adalah digalakkan.

Dalam menyelesaikan bab pusaka seeloknya semua waris yang terbabit perlu dipanggil dan berbincang secara waras serta rasional dalam memastikan waris akan menerima pusaka dengan mudah, cepat dan tepat.

Kesedaran umat Islam di negara ini terhadap pengurusan harta berada pada tahap amat membimbangkan. Kerana dari 15 juta rakyat Malaysia hanya 0.2% sahaja yang telah membuat perancangan harta. Laporan Jabatan Tanah dan Galian Negara 2018 mendedahkan statistik harta beku melebihi RM70 bilion dan kian meninggkat saban tahun.

Bagi mengatasi masalah ini sebuah Syarikat Amanah Patuh Syariah yang pertama di Malaysia iaitu Wasiyyah Shoppe Berhad telah mengeluarkan satu produk pengurusan harta pusaka iaitu Al-Wasitah bagi membantu mengurangkan harta terbeku. Terdapat dua jenis Pelan dalam Al-Wasitah iaitu Al-Wasitah Delima (untuk harta kurang RM2 Juta) & Al-Wasitah Zamrud (untuk harta lebih RM2 Juta).

Dengan menyertai pelan Al-Wasitah ini waris tidak perlu lagi mengeluarkan wang untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Di antara kelebihan menyertai pelan ini adalah:

a. Sebelum Kematian

  • Perlantikan Wasi PERCUMA
  • Wasiat 1/3 PERCUMA
  • Konsultansi Perancangan Harta PERCUMA

b. Selepas Kematian

  • Khutbah Pusaka kepada Waris Percuma (penerangan hukum faraid dan proses perundangan)
  • Pengurusan Harta Pusaka PERCUMA (tertakluk kepada terma & syarat)
  • Bantuan Profesional PERCUMA (sehingga mendapat Surat Kuasa Mentadbir/Perintah Pembahagian)

Untuk Maklumat Lanjut boleh menghubungi:

Azman Ismail / Perunding Mawarith Wasiyyah Shoppe Bhd / 6013 2294 616

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: