12 GOLONGAN KRITIKAL YANG MEMERLUKAN HIBAH

Siapakah yang sangat memerlukan hibah?

  1. Pasangan Suami Isteri yang membeli rumah secara bersama. Sekarang ini ramai yang buat begini untuk kuatkan statement bank. Di dalam SPA/SNP ada kedua-dua nama. Kebiasannya kedua-duanya membuat pinjaman, kedua-dua juga ada MRTT, yang bayar loan adalah suami. Jika suami meninggal dunia, loan suami akan terlangsai kerana ada MRTT, tetapi hanya separuh rumah akan bebas dari hutang. Oleh itu, isteri masih terbeban membayar separuh lagi dari bayaran rumah untuk baki pinjaman. Bahagian suami telah pun menjadi pusaka, jika tiada ibu bapa dan anak lelaki bermakna adik-beradik suami juga adalah pemilik bersama rumah tersebut. Adakah isteri akan meminta mereka membayar bersama pinjaman rumah? Atau isteri ingin menebus bahagian mereka? Mampukah isteri menebus bahagian waris yang lain pada waktu harga rumah mungkin telah melonjak tinggi dari harga pembelian asal? Atau menjual rumah untuk membahagi bahagian mereka? Ada mungkin isteri dan anak-anak berupaya mendapat hartanah seumpama ini pada lokasi yang sama dan pada harga asal pembelian? Proses ini menjadi lebih sukar jika ada anak-anak bawah umur, perintah pembahagian akan tertunda sehingga mereka mencecah umur 18 tahun. Seringkali proses ini memberikan tekanan kepada waris yang ditinggalkan kerana mereka perlu membuat keputusan yang sukar. Penyelesaian terbaik adalah hibah hartanah “back to back”. Suami hibah bahagian beliau kepada isteri, isteri pula hibah bahagiannya kepada suami. Jika salah seorang meninggal dunia, pemilikkan adalah hanya kepada seorang. Atau pilihan kedua, suami isteri hibah kepada anak, jika salah seorang tiada, pemlikkan adalah di antara ibu/bapa dan anak sahaja.
  2. Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja. Bahagian faraid seorang anak permpuan adalah 1/2 dan jika ada lebih dari seorang anak perempuan, 2/3 akan dikongsi sama rata. 1/8 adalah milik isteri, ibu memiliki 1/6 dan ayah pula menerima 1/6 dan baki. Jika ibu dan ayah tiada bahagian mereka diwarisi oleh adik beradik si suami. Serupa dengan senario di atas. Keadaan akan menjadi sukar kerana ada kemungkinan berlaku pertembungan di antara hak dan keperluan keluarga.
  3. Pasangan yang mempunyai anak angkat. Anak angkat adalah bukan waris. Maka tidak berhak mewarisi pusaka walaupun sesen. Waris sah hanyalah melalui perkahwinan dan pertalian darah (nasab). Hibah lebih fleksibel untuk pemberian kepada anak angkat kerana perancangan boleh dilakukan mengikut keperluan.
  4. Pasangan yang telah berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Bahagian isteri jika suami meninggal dahulu adalah 1/4 atau 25%, baki 3/4 perlu dikongsi oleh waris asabah yang lain. Kerana suami mempunyai tanggungjawab untuk kelangsungan hidup isteri selepas kematian. Si suami boleh menghibahkan rumah atau wang mengikut keperluan.
  5. Mereka yang berpoligami. Para isteri akan berkongsi bahagian 1/8. Jika 1 isteri dan mempunyai anak adalah 1/8, 2 isteri berkongsi 1/16 seorang, jika 3 adalah 1/24 seorang dan jika 4 pula, bahagian isteri-isteri menjadi 1/32. Semua isteri mempunyai hak yang sama ke atas pusaka walaupun berbeza tempoh perkhidmatan. isteri baru berkahwin setahun juga mempunyai hak ke atas rumah yang didiami oleh isteri pertama dan vise versa. Mengikut pengalaman syarikat, semua kes poligami bermasalah dari sudut perwarisan. Penyelesaian melalui hibah lebih mudah dengan pembahagian dibuat mengikut keperluan dengan meletakkan hak pada tempatnya.
  6. Pasangan yang masih mempunyai ibu dan ayah. Ibu dan ayah adalah waris yang garenti mendapat bahagian faraid. Masalah timbul adalah dari sudut keperluan dan pengurusan. Kebiasannya ibu dan ayah si suami mempunyai rumah sendiri yang jarang mempunyai keperluan untuk hartanah tersebut. Lebih berkeperluan untuk harta alih seperti wang untuk kegunaan harian, kesihatan dan ibadah. Oleh itu, perancangan penting untuk membahagikan harta kepada ibu bapa mengikut keperluan. Walaupun mereka tidak meminta bahagian faraid pada pusaka harta tidak alih. Keadaan akan menjadi rumit jika kematian mereka menyusul sebelum proses pengurusan belum diselesaikan. Proses ini boleh menjadi lebit rumit kerana bahagian ibu bapa beralih kepada adik beradik si suami sebagai waris ibu dan ayah mereka. Keperluan merancang perlu untuk memastikan menepati keperluan dan mengelakkan faraid berlapis.
  7. Mereka yang bujang. Mereka selalunya mempunyai anak saudara yang mereka sayang seperti anak sendiri dan berniat untuk meninggalkan harta kepada mereka. Mereka juga digalakkan juga mengambil peluang membawa harta yang mereka miliki sebagai saham akhirat melalui sedekah dan wakaf yang boleh dibuat melalui perancangan awal.
  8. Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan perenpuan. Ramai ibu bapa yang berhasrat menyama-ratakan pembahagian kepada anak-anak. Walaubagaimanapun bahagian anak lelaki adalah 2 berbanding 1 untuk anak perempuan. ia perlu mendapat persetujuan anak lelaki untuk melepaskan hak faraid mereka. Hibah menjadi pilihan ibu bapa jika ingin pembahagian dilaksanakan sama rata tanpa perlu mendapatkan persetujuan waris kelak.
  9. Pasangan yang mempunyai anak OKU. Anak OKU tiada upaya menjaga diri mereka sendiri dan bergantung harap kepada ibu bapa untukkelangsungan hidup. Tiada bahagian extra untuk mereka mengikut faraid. Oleh itu perancangan penting kerana ibu bapa boleh memperuntukkan lebih bahagian untuk anak OKU ini dan melantik pemegang amanah harta untuk menjaga keperluan anak OKU ini lebih awal.
  10. Duda yang ingin berkahwin dengan pasangan yang lebih muda. Sesetengah anak mempunyai sentimen di atas harta ayah yang diperlehi semasa hayat arwah ibu mereka yang mungkin akan diwarisi oleh ibu tiri. Keperluan merancang awal sangat penting bagi mengelakkan situasi yang rumit di kemudian hari kelak di antara anak-anak dan ibu tiri.
  11. Bakal menunaikan Ibadah Haji dan Umrah. Keperluan untuk meninggalkan keluarga dalam keadaan teratur menjadi sebahagian dari “to do checklist” untuk memastikan mereka tenang menumpukan perhatian untuk mendapatkan haji/umrah yang mabrur. Perancangan yang baik mengambil masa, oleh itu persediaan awal perlu seawal bermulanya kursus haji/umrah untuk memastikan kesemuanya teratur.
  12. Ahli perniagaan. Mereka adalah penjana ekonomi orang islam, pembayar zakat dan penyedia peluang pekerjaan bagi orang islam. cabaran ahli perniagaan ini bukan sekadar bersaing dengan ahli perniagaan bukan islam yang lebih kukuh ekonominya kerana dapat beroperasi bergenerasi lama. Tetapi berisiko untuk terkubur bersama pemiliknya apabila pemiliknya meninggal dunia. Waris faraid berhak ke atas pemilikkan syarikat tetapi bukan semua waris layak menguruskan perniagaan tersebut. Akhirnya syarikat yang telah lama dibina boleh lenyap sekelip mata jika tiada persiapan awal oleh pemilik. Hibah saham syarikat adalah antara solusi yang diperlukan oleh ahli perniagaan.

Adakah anda tergolong dari 12 golongan di atas? Jika jawapannya adalah “YA”. Anda memerlukan kami bagi membantu dalam merancang harta bagi memastikan harta yang dicari dan dikumpul selama ini dapat memberikan manfaat kepada yang tersayang dan mereka yang memerlukan.

Maklumat lanjut boleh klik SAYA NAK BUAT HIBAH

Kredit: Kausar Wealth Management

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: