HARTA PUSAKA KECIL

BIDANG KUASA BAHAGIAN PEMBAHAGIAN PUSAKA

Bagi memenuhi kehendak semasa untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta orang ramai khususnya waris-waris si mati, beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98).

Antara pindaan utama Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 adalah:

1. Pada Seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98), nilaian bidang kuasa Pentadbir Tanah telah dipinda daripada RM600,000 kepada RM2,000,000 selaras dengan peningkatan nilaian pasaran hartanah masa kini. Ini bermakna jika si mati meninggalkan harta tak alih sahaja atau bersama-sama dengan harta alih dan nilaian harta tersebut tidak melebihi RM2,000,000, dan tidak meninggalkan wasiat bagi bukan Islam, maka waris si mati boleh memfailkan permohonan pembahagian harta pusaka di Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian atau Pejabat Tanah, tanpa perlu mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi.

2. Pindaan Seksyen 4(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) yang memperuntukkan bidang kuasa Pentadbir Tanah berkenaan dengan harta pusaka kecil. Melalui pindaan ini, Pentadbir Tanah di daerah di mana satu petisyen telah dibuat, atau jika terdapat lebih daripada satu petisyen, di mana petisyen pertama dibuat, hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengendalikan permohonan, perbicaraan dan seterusnya mengeluarkan perintah pembahagian. Pindaan ini membolehkan waris-waris si mati mengemukakan permohonan di mana-mana Bahagian Pembahagian Pusaka atau Pejabat Tanah di daerah atau negeri yang si mati ada meninggalkan hartanah tanpa mengira nilaiannya di daerah atau negeri yang mana lebih tinggi. Ini juga bermakna Pentadbir Tanah di mana permohonan yang paling awal difailkan akan mempunyai bidang kuasa eksklusif walaupun nilaian hartanah yang tertinggal (permohonan berikutnya) tinggi di daerah lain.

3. Pindaan Seksyen 4(5) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) adalah bertujuan untuk membenarkan Pegawai Penilaian selain daripada Pentadbir Tanah menentukan nilai hartanah yang ditinggalkan oleh si mati. Ini akan dapat mempercepatkan proses penilaian. Maka melalui tambahan kepada Seksyen 8(8), Pentadbir Tanah dibenarkan untuk menguruskan sesuatu petisyen bagi pembahagian harta pusaka kecil di hadapannya tetapi juga dibenarkan untuk memindahkan petisyen itu kepada Pentadbir Tanah yang lain jika didapati adalah lebih sesuai dan bermanfaat bagi petisyen itu didengar oleh Pentadbir Tanah yang lain.

DEFINISI HARTA PUSAKA KECIL

Harta Pusaka Kecil merupakan harta peninggalan si mati yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Si mati tidak meninggalkan wasiat (bagi si mati bukan beragama Islam)

b) Harta itu terdiri daripada:

  • Harta Tak Alih (Tanah) sahaja atau
  • Harta Tak Alih (Tanah) dan Harta Alih (wang tunai, saham, kenderaan dan sebagainya).

c) Jumlah nilaian harta keseluruhannya tidak melebihi RM2,000,000 pada tarikh permohonan di buat.

PIHAK YANG BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

Antara pihak yang boleh membuat permohonan pembahagian harta pusaka si mati adalah:

  • Waris kepada si mati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa dan Majlis Agama Islam/Baitulmal.
  • Pemiutang dan pengkaveat.
  • Pembeli di bawah perjanjian jual beli yang sah.
  • Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati.
  • Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah.
  • Amanah Raya Berhad.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: