3 KUNCI URUS PUSAKA

“Setiap yang hidup pasti akan menemui mati”.

Di sini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menguruskan harta si mati. Apabila pemilik harta MENINGGAL DUNIA, semua harta yang berdaftar miliknya akan BEKU. Untuk MENCAIRKAN [bertukar pemilikkan] kepada WARIS ia perlu melalui proses pengurusan pusaka. Proses pengurusan pusaka melibatkan proses undang-undang SIVIL dan SHARIAH.

Terdapat 3 peringkat pengurusan [KUNCI] yang perlu dilalui oleh waris untuk urus pusaka:-

  1. Perolehan Kuasa
  2. Pentadbiran/Pendaftar/Pemegang Gadaian
  3. Pembahagian

Untuk mudah faham, saya guna anologi RUMAH, perolehan kuasa seumpama kunci GATE, pentadbiran seumpama KUNCI RUMAH dan pembahagian seumpama KUNCI BILIK. Waris perlu dapatkan 3 kunci ini untuk urus pusaka.

PEROLEHAN KUASA

Terdapat 3 tempat untuk dapatkan kunci perolehan kuasa:-

  1. Amanah Raya untuk harta ringkas iaitu harta alih yang kurang dari RM600,000
  2. Pejabat Pusaka Kecil untuk harta kurang dari RM2,000,000
  3. Mahkamah Tinggi Sivil untuk harta melebihi RM2,000,000

PENTADBIRAN/PENDAFTAR/PEMEGANG GADAIAN

Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hak milik tanah atau geran kepada Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.

Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian kepada agensi/institusi yang bertanggungjawab terhadap harta alih tersebut.

PEMBAHAGIAN

KEWAJIPAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

1. Perbelanjaan pengurusan jenazah:

  • Peralatan pengurusan jenazah
  • Upah memandikan jenazah
  • Pengkafanan
  • Kos pengangkutan jenazah
  • Pengebumian

2. Hutang:

i) Hutang Allah SWT:

  • Haji dan Umrah Fardu
  • Zakat
  • Nazar
  • Kaffarah
  • Fidyah
  • Lain-lain

ii) Hutang Manusia

  • Individu
  • Institusi

3. Tuntutan harta sepencarian

4. Wasiat

Jika pembahagian dilaksanakan selepas kematian, kaedah pembahagian yang ada adalah seperti:-

  • Harta Sepencarian
  • Wasiat 1/3
  • Muafakat
  • Faraid

KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL

  • Pembahagian pusaka bagi si mati yang beragama Islam adalah mengikut Hukum Syarak/Faraid.
  • Pembahagian pusaka bagi si mati bukan Islam adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
  • Pembahagian secara muafakat atau persetujuan bersama hanya boleh dilaksanakan sekiranya semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju. Ia boleh digunakan bagi si mati yang beragama Islam atau bukan Islam.
  • Pembahagian bagi pegangan tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tidak boleh dibuat lebih daripada 2 orang. Sekiranya terdapat lebih daripada 2 orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada 2 orang sahaja daripada mereka, maka Pentadbir Tanah boleh melantik Pentadbir kepada harta pusaka tersebut atau perintah jualan secara tender pegangan itu dalam kalangan waris di mana hasil jualan akan dibahagikan mengikut bahagian masing-masing.
  • Jika si mati meninggalkan tanah adat di daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Tampin atau Jempol, maka pembahagian tanah pusaka adat tersebut adalah mengikut Enakmen Pemegangan Tanah Adat (Bab 215) atau Enakmen Pemegangan Tanah Adat (Tanah Lengkongan) 1960.

Di mana mengikut Enakmen ini waris-waris yang berhak adalah keturunan perempuan yang sama sukunya dengan pemilik tanah adat itu, yang secara khusus mengikut giliran:

  • Anak perempuan dan cucu-cucu perempuan daripada anak perempuan, walaupun mereka meninggal dunia lebih awal daripada si mati.
  • Ibu si mati.
  • Saudara perempuan seibu sebapa dan seibu kepada si mati dan keturunannya dari pihak perempuan.
  • Ibu kepada ibu (wan si mati).

Saudara perempuan seibu sebapa dan seibu kepada wan (ibu kepada si mati) dan keturunannya dari pihak perempuan.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: