Prosedur permohonan pentadbiran terus (summary administration) di Amanah Raya Berhad

Apakah prosedur untuk memohon pentadbiran terus (summary administration) di Amanah Raya Berhad?

(a) Ketua Pegawai Eksekutif dibenarkan mentadbir harta pusaka yang mempunyai harta alih yang tidak melebihi RM 600,000.00 di bawah seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532) tanpa surat kuasa mentadbir daripada Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pentadbir Tanah Daerah. Ini dibuat sekiranya tiada apa-apa permohonan dibuat oleh mana-mana pihak yang lain.

(b) Waris-waris atau sesiapa yang mempunyai kepentingan dalam harta pusaka si mati yang tidak melebihi RM 600,000.00 dalam bentuk harta alih sahaja boleh memohon kepada Amanah Raya Berhad untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

(c) Waris-waris hanya diperlukan mengisi dan mengemukakan borang permohonan ini dengan maklumat yang lengkap dan dokumen-dokumen yang membuktikan kematian si mati.

(d) Sebaik sahaja permohonan ini diterima, Amanah Raya Berhad akan memprosesnya dengan mengeluarkan suatu pengisytiharan bagi mentadbir harta pusaka tersebut.

(e) Amanah Raya Berhad diberi kuasa untuk menghasilkan aset-aset yang berkenaan bagi tujuan pembahagian.

(f) Setelah menjelaskan bayaran duti pusaka bagi kes-kes kematian (sebelum 1 November 1991 sahaja), hutang pusaka dan menolak fi bagi Amanah Raya Berhad, baki aset akan dibahagikan menurut faraid (bagi orang Islam), Ordinan Pembahagian (bagi orang bukan Islam) atau secara persetujuan antara waris-waris yang berkenaan.

(g) Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 adalah sangat berkesan bagi kes tuntutan kemalangan maut jalan raya di mana waris-waris si mati bercadang untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 7 dan 8 Akta UndangUndang Sivil 1956.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: