WAKTU TERBAIK MILIKI TAKAFUL

Bila waktu terbaik anda patut melanggan plan takaful?

1. Dua tahun sebelum anda terkena penyakit kritikal

Kebanyakan takaful operator ada tempoh ‘incostestable period”. Di mana jika pencarum mengidapi salah satu penyakit kritikal dalam tempoh 2 tahun. Pihak takaful berhak melakukan siasatan terlebih dahulu. Prosesnya mengambil masa paling cepat sebulan ataupun berbulan bulan. Prosesnya meletihkan dan leceh.

Pihak takaful berhak tidak memberikan pampasan yang sepatutnya anda dapat kerana risau berlaku penipuan. Ini perkara biasa dalam takaful kerana ingin mengelakkan penipuan oleh pihak pencarum. Bayangkan pampasan diberikan kepada mereka yang menipu atau tidak ‘declare’ penyakit mereka semasa melanggan skim takaful. Si penipu telah mengambil wang dan hak orang lain

2. 6 bulan sebelum anda masuk hospital

Kebiasaannya plan takaful operator di Malaysia, kad perubatan akan sepenuhnya boleh digunakan selepas 6 bulan. Namun jika ada penyakit ganjil ( yang memerlukan masa untuk ada). Pihak takaful ada hak untuk buat siasatan juga. Pengalaman saya. Pelanggan saya yang ada ketumbuhan,cyst, Baru 3 bulan ambil plan kad perubatan. Pihak takaful menolak permohonan beliau

Namun ada kes pelanggan saya, baru 1 bulan melanggan kad perubatan. Tiba tiba kecederaan lutut (ACL) sewaktu bermain bola sepak. Semuanya dilindungi oleh pihak takaful. Bil hospital hampir 23K! Ternganga pelanggan saya melihat bil beliau. Waktu itu beliau admit Kota Bharu Medical Centre (KBMC).

Boleh lihat jadual di bawah untuk ringkasan tempoh matang Takaful

3. Sehari sebelum kita pergi selama lamanya ( Kes Kemalangan sahaja)

Jika anda ditimpa kemalangan, selepas polisi anda lulus. Alhamdulilah. Anda telah dilindungi. Keluarga anda tidak akan ditinggalkan dalam hutang atau kesusahan.

Namun, jika mati kerana sebab sebab lain. Sakit jantung atau strok. Kes anda akan disiasat, Kemungkinan anda tidak dilindungi, malah wang takaful yang anda carum sebelum ini akan dipulangkan semula.

Konklusinya

Takaful ialah skim tolong menolong yan dibuat untuk membantu sesama Muslim jika salah seorang ditimpa kesusahan. Wang yang anda bayar setiap bulan ialah akad sedekah. Bukan akad beli. Oleh itu anda akan dapat pahala setiap kali anda membuat carumana ke takaful setiap bulan

Namun takaful operator adalah bisnes entiti. Takaful operator. Bukan badan kebajikan. Oleh itu syarat untuk kemasukkan ke takaful ialah ketat. Si pencarum perlulah sihat. Jika sudah ada penyakit. Kemungkinan anda tidak lagi layak menyertai skim ini

Saya sudah jumpa mereka yang sudah sakit, sanggup bayar ribuan ringgit hanya untuk masuk ke skim ini. Namun tidak lagi layak. Saya ada jumpa mereka yang ada wang  serta masih sihat. Tetapi tiada kesedaran, kerana masih belum ‘terkena’.

Betul orang kata, beza orang yang merasa dan orang yang tahu. Beza orang tahu susah dan pernah merasa susah. Begitulah takaful

Beza orang yang hanya tahu kepentingan takaful dengan merasa kepentingan takaful kan?

Oleh itu, ambillah takaful sebelum 2 perkara ini

  1. Sebelum anda sakit
  2. Sebelum anda pergi selama lamanya

Rancanglah kerana sayang.


Boleh hubungi 013 2294 616 untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma


Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: