HIBAH HARTA BERCAGAR

RANCANGLAH PUSAKA WALAU HARTA TAK BANYAK

Hanya segelintir masyarakat kita yang peka dan sudah merancang harta pusaka seperti membuat Hibah Rumah yang dimiliki. Berbeza dengan pandangan masyakarat, merancang pusaka bukanlah eksklusif kepada golongan berharta dan kaya sahaja. Setiap orang walaupun harta yang ditinggalkan hanya wang simpanan di bank harus melalui prosedur pencairan harta pusaka daripada terbeku.

Prosedur pencairan harta peninggalan ini disebut sebagai ‘pengurusan’ pusaka. Anda boleh buat sendiri, tetapi ianya memerlukan komitmen masa dan wang. Sebaliknya, melalui pelan al-Wasitah, Wasiyyah Shoppe akan membantu Wasi sehinggalah kepada pembahagian pusaka.

Bahagian kedua ialah ‘perancangan’ pusaka, iaitu dengan menggunakan medium Hibah dan Wasiat untuk merancang pembahagian harta kepada individu dan waris tertentu. Tanpa perancangan ini, harta peninggalan akan dibahagikan mengikut Hukum Faraid.

HARTA KRITIKAL UNTUK DIRANCANG – RUMAH

Antara harta yang WAJIB anda rancang ialah harta tidak alih seperti rumah. Sebabnya ialah kerana ia adalah keperluan asas hidup dan sukar untuk dibahagikan. Anda boleh hidup tanpa kereta dan barang kemas, tetapi semua orang perlukan rumah sebagai tempat berteduh. Sepertimana ungkapan “Rumahku Syurgaku“, rumah adalah tempat keluarga mencurahkan kasih sayang.

Nilai nostalgia sebuah rumah juga menjadikannya sesuatu yang sangat berharga. Lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri yang berikhtiar bersama-sama mencari dan membeli rumah idaman, dan seterusnya hidup bertahun-tahun di rumah yang sama, pastilah nilai nostalgia rumah tersebut tidak ternilai dengan wang ringgit.

Dengan nilai sebegitu tinggi di hati, adakah anda sanggup melepaskan hak rumah itu begitu sahaja kepada waris Faraid yang lain?

Sedarkah anda.. Menurut Hukum Faraid, bahagian hak isteri (ada anak) cuma 1/8 daripada rumah kesayangan anda sahaja! Bayangkan rumah dibahagi 8, bahagian isteri anda mungkin hanya dapur sahaja! Ruangan rumah yang lain perlu diserah kepada waris yang lain. Sudah tentu hidup isteri dan anak akan berubah 180 darjah berbanding semasa suami masih hidup.

JALAN TERAKHIR BAHAGIKAN HAK RUMAH: JUAL

Apabila waris datang menuntut hak ke atas rumah, tidak praktikal rasanya jika anda hendak membahagikan hak mengikut ruangan fizikal rumah – seorang dapat dapur, ruang tamu,bilik dan sebagainya. Begitu juga jika mereka hendak menuntut hak dengan berkongsi tinggal bersama di rumah, tentunya akan ada rasa kurang selesa.

Cara untuk selesaikan masalah ini ialah pertamanya anda perlu cuba untuk nego dan bermulut manis meminta mereka melepaskan hak. Walaupun ia tidak mustahil, tetapi berdasarkan pengalaman lalu peratusan untuk berjaya agak tipis. Jangan disangka pakcik berkopiah mahupun Datuk yang kaya dengan mudahnya akan melepas hak mereka. Paling tidak pun mereka akan menuntut pampasan wang sebagai balasan ke atas hak itu.

Bukan sedikit nilai pampasan yang perlu diberi ganti, apatah lagi jika nilai yang dituntut haruslah setimpal dengan HARGA SEMASA rumah tersebut. Maka jika simpanan tidak mencukupi, jalan terakhir ialah dengan MENJUAL rumah tersebut. Bila rumah sudah dijual, maka anak dan isteri perlu mencari tempat tinggal yang baru pula. Lebih perit ialah sebahagian nostalgia hidup bersama arwah akan hilang tanpa ganti.

ANDA SAYANG KELUARGA?

Dasar dan sebab kita merancang ialah kerana sayangkan keluarga dan tidak mahu mereka menanggung beban yang berat sekiranya kita sudah tiada. Bagi yang hanya pentingkan diri, mereka menganggap kematian itu penutup tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Terpulanglah kepada waris yang hidup ini untuk menyambung hidup.

Untuk ketua keluarga yang bertanggungjawab yang nak pastikan isteri dan anak tak perlu lalui peristiwa getir seperti di atas, saya kongsikan cara dan solusinya, iaitu…

“HIBAHKAN RUMAH”

APA ITU HIBAH?

Diharap pembaca sudah faham kesannya jika Rumah tidak dibuat perancangan dan dibahagikan mengikut Faraid. Begitu juga dengan Wasiat. Jika anda menggunakan Wasiat untuk mewariskan rumah kepada waris faraid, anda harus tahu bahawa Wasiat akan terbatal sekiranya ada waris yang membantah.

Di sinilah datangnya peranan Hibah.

Hibah secara umumnya bermaksud akad pemberian milik sesuatu harta oleh pemilik harta semasa hidupnya secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan. Dalam bahasa lain, ia membawa maksud hadiah yang diberikan atas dasar kasih sayang.

Antara syarat yang wajib dipenuhi ialah harta yang hendak dihibahkan mestilah dimiliki sepenuhnya (pemilikan sempurna) oleh pemberi. Untuk rumah yang masih dalam pinjaman dengan bank, secara teknikalnya bank adalah pemilik bersama rumah anda. Maka atas dasar ini, rumah yang masih bercagar TIDAK BOLEH DIHIBAH.

Namun ia menimbulkan isu serius dalam konteks masyarakat kita. Majoriti rakyat Malaysia membeli rumah dengan pinjaman bank untuk satu tempoh pinjaman yang panjang dan berakhir pada umur pencen. Syarat ‘pemilikan sempurna’ sudah tentu akan menghalang mereka untuk Hibah rumah kesayangan, dan seterusnya tidak menjadi penyelesaian kepada masalah yang ada.

Ada kah solusi yang praktikal untuk menyelesaikan isu ini?

HIBAH BERSYARAT RUMAH BERCAGAR (HBRB)

Syarat ‘pemilikan sempurna’ dipenuhi dengan syarat adanya JAMINAN hutang tersebut akan dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT atau MLTT ke atas pinjaman.

Maka apabila pemilik meninggal dunia, baki pinjaman tersebut akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak lagi terbeban untuk menanggung baki hutang yang ada.

HBRB WASIYYAH SHOPPE

Wasiyyah Shoppe adalah SATU-SATUNYA syarikat pewarisan pusaka di Malaysia yang menawarkan khidmat Hibah Bersyarat untuk Rumah Bercagar.

Walaupun keperluan membuat Hibah untuk Rumah Bercagar semakin kritikal, tetapi hanya Wasiyyah Shoppe yang menyediakan servis ini.

Anda mesti tertanya-tanya kenapa kan?

Setiap syarikat ada metodologi, pendekatan dan solusi tersendiri untuk menyelesaikan masalah pusaka dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Bagi Wasiyyah Shoppe, solusi tersebut ialah dengan menggunakan Hibah. Produk HBRB adalah hasil daripada pengalaman dan penyelidikan yang telah dibuat bersama dengan pakar bidang ini. 

HBRB ada isu tersendiri, seperti yang dibincangkan di atas. Oleh itu, amatlah penting untuk memilih syarikat pewarisan pusaka yang berpengalaman jika hendak membuat dokumen HBRB. Sekiranya ada kecacatan dalam dokumen Hibah yang disediakan, HIBAH itu berisiko untuk TERBATAL apabila Hibah itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk disahkan.

Akibatnya akan ditanggung oleh waris penerima. Apabila Hibah terbatal, rumah itu akan kembali dibahagikan menurut Hukum Faraid.

KEPAKARAN WASIYYAH SHOPPE TERBUKTI DENGAN..

>> Lebih 200 kes Pengesahan Hibah yang dimenangi di Mahkamah. Tiada syarikat lain yang mempunyai track record cemerlang seperti ini.

>> Pengalaman sejak tahun 2004 lagi dalam menyediakan dokumen pewarisan pusaka. Wasiyyah Shoppe telah melalui pelbagai pengalaman menguruskan pusaka. Produknya telah melalui proses improvement dari semasa ke semasa.

>> Panel syariah terdiri daripada kalangan ilmuan dan practitioner yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran khusus dalam harta pusaka.

APA TUNGGU LAGI..

Menangguh untuk merancang pusaka berarti memperjudikan nasib anak dan isteri. Kita tidak tahu cabaran yang menanti mereka, terutamanya apabila berlaku perebutan harta. Nak permudahkan hidup mereka, atau macam mana?

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: