Panduan Memilih “Medical Card”

“Apa ciri-ciri Medical Card terbaik?”

Apabila ditanya kepada ejen takaful mengenai Medical Card, semua dari mereka mengatakan Medical Card dari company merekalah yang terbaik.

Paling penting untuk memilih medical card adalah bergantung kepada risiko sebenar kita dan keluarga kita. Jadi kita tahu apa yang kita nakdan bukannya mengikut apa yang dicadangkan oleh ejen yang menyebabkan caruman bulanan kita menjadi mahal.

So, apa yang patut kita tekankan sebelum memilih medical card?

Harga Wad

Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah. Saya perhati, kalau duduk di Lembah Klang ni, harga wad RM250 sehari tu kira ok.

Kalau ambil harga wad cuma RM150, sedangkan harga wad sebenar RM250, maka kita kena bayar sendiri extra RM100 sehari. Kalau masuk wad 10 hari, maka kita kena keluarkan duit sendiri RM1,000!

Kalau cek harga bilik wad hospital KPJ (rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia), RM250 tu boleh dapat bilik single yang biasa, bukan premium. Persoalannya, perlu ke ambil bilik single? Meh renungkan point saya seterusnya.

Harga Wad Tahan Inflasi

Bagi saya, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?!

Saya rasa kalau bernasib baik, 20 tahun akan datang harga tu cuma boleh duduk wad 4 katil jer. Silap-silap wad 4 katil pun masa tu harganya RM400 sehari. Kita kena top-up lagi RM150 sehari.

Cuba bayangkan siapa ambil medical card yang harga wad cuma RM150. Saya rasa 10 tahun akan datang, kad tu tak cukup untuk cover harga wad hospital-hospital di Lembah Klang. Nanti rugi jer bayar takaful.

Had Tahunan

Had Tahunan ini bergantung kepada keperluan kita. Ada Syarikat Takaful yang menawarkan ada had tahunan dan tiada had tahunan [Unlimited].

Had Tahunan ini amat penting bagi memastikan ia mencukupi jika berlaku kecerderaan atau penyakit. Memandangkan kosnya sentiasa meningkat setiap tahun.

Had Seumur Hidup

Had Seumur Hidup yang ditawarkan bergantung kepada kepada Syarikat Takaful iaitu sama ada 80 tahun, 90 tahun 100 tahun atau seumur hidup. Nilainya berbeza, kebiasaannya RM1 Juta, RM2 Juta atau Tiada Had [Unlimited].

Jangan mudah terpengaruh dengan ejen takaful yang membuat promosi ‘Medical Card Coverage RM1 Juta!’

Semak terlebih dahulu, coverage RM 1 Juta itu tahunan atau seumur hidup.

Perlindungan RM1,000,000 memang banyak tapi ia adalah untuk perlindungan seumur hidup. Malah ada juga kad perubatan yang meletakkan had seumur hidup sebagai Unlimited atau tanpa had.

Ada 3 situasi:-

Medical Card A:

Had Tahunan : RM120,000

Had Seumur Hidup : No Limit

Medical Card B

Had Tahunan : No Limit

Had Seumur Hidup : RM1 Juta

Medical Card C

Had Tahunan : No Limit

Had Seumur Hidup : No Limit

Medical Card A, walaupun had seumur hidup unlimited tetapi ia memberi indikator, kalau nak claim banyak perlu claim maksima RM120,000 setiap tahun.

Jika 10 tahun claim RM100,000 maka akan cecah RM1 juta yang mana, ia situasi yang sangat rare kerana jika seseorang menjalani kospembedahan RM100,000 selalunya ia sudah kritikal dan akan meninggal dunia.

Agak mustahil untuk seseorang dimasukkan ke hospital dan kemudian menjalani rawatan dgn kos RM100,000 setiap tahun melebihi 10 tahun.

Pengalaman saya, apabila saya tanyakan kepada yang sudah lama dalam dunia takaful dan medical card ini, tidak pernah berlaku lagi seseorang itu claims sehingga tidak cukup had seumur hidup medical card.

Tapi yang selalu berlaku ialah claims sehingga melebihi hadtahunan, dan kemudian perlu top-up dgn duit sendiri. Apabila had limit tahunantidak mencukupi, terpaksa keluarkan duit simpanan sendiri untuk membiayai kos perubatan.

Sebagai contoh:-

Ini keratan akhbar berita tentang seorang pemegang medical card konvensional / takaful yang claim melebihi had tahunan / annual limit medical cardnya.

Berita di atas, dipetik dari Berita Harian berkenaan seorang pemegang medical card konvensional / takaful yang claim melebihi had tahunan / annual limit medical cardnya. Apabila itu berlaku, dia terpaksa keluarkan duit sendiri yang berjumlah RM23,000.

Pengajaran yang perlu kita ambil ialah, apabila melanggan medical card, fokus kepada had tahunan, bukan kepada had seumur hidup semata-mata.
Lebih tinggi lebih baik, kerana Kos rawatan kanser hari ini boleh mencecah sehingga RM300,000.

Kos hospital pada hari ini boleh mencecah RM300,000 untuk rawatan kanser.

Harga Caruman Paling Sesuai

Dan yang terakhir, barulah consider caruman. Kesilapan ramai orang ambil takaful ialah dia fikir berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu. Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Atau pun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan.

Jadi kalau sahabat ada polisi takaful, pergi buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover. Lepas tu nilai balik, kalau berlaku musibah, adakah polisi tu menyesaikan masalah sebenar atau pun tidak. Kalau tak selesai masalah sebenar, kira balik jenis cover apa yang anda perlu, dan berapa jumlah sebenar yang anda perlu. Lepas tu baru panggil ejen takafulu ntuk bagi quotion. Bukan sebaliknya.

Mana lebih baik, Medical Card Rider atau Medical Card Standalone?

Secara umunya, setiap produk ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Medical Card Stand Alone merujuk kepada produk Medical Card sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Medical Card Rider pula merujuk kepada Medical Card yang dipakej bersama produk-produk asas.

Apabia membandingkan harga medical card rider dengan medical card stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahajadan bukan kad perubatan bersama produk asas suapaya dapat membuat penilaian yang adil.

Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan medical card rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa medical card stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya medical card rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua medical card itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.

Memandangkan produk medical card rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.

Berikut beberapa perkara penting perbandingan medical card rider dengan stand alone.

Kad Perubatan Stand Alone;

Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain.

Kelebihan:

Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas)

Tidak perlu mengambil produk asas

Kekurangan:

Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)

Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.

Kad Perubatan Rider

Ciri: Plan Medical Card yang perlu diambil bersama produk asas. Plan Medical Card adalah plan tambahan kepada produk asas.

Kelebihan

Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone, dan nilai tunai banyak daripada plan asas)

Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan waiver (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)

Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai

tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai

Kekurangan

Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas

Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disability) maka kad perubatan akan turut tamat (Bergantung kepada polisi).

Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.

NOTA: Kedua-dua caruman sumbangan medical card rider dan stand alone akan meningkat berdasarkan rekod tuntutan syarikat dan keuntungan dana pelaburan.

Sekarang anda dah faham “Medical Card Terbaik”. So keputusan di tangan anda. Untuk bantuan atau maklumat lanjut boleh hubungi saya.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: