ADA POLISI TAKAFUL, TAPI TAK TAHU PUN PASAL POLISI!

Dah ambil Takaful tapi tak tahu pun apa yang terkandung dalam buku polisi. Bila ada ajen nak revise dia pun tak tahu apa pelan & manfaat yang dia ambil. Di sini saya nak syerkan 12 istilah yang perlu anda tahu sebelum memelih sesuatu pelan takaful.

Kalau nak buat perbandingan antara polisi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat dan pelan yang berbeza, kita perlu baca dengan teliti setiap polisi takaful tersebut. Tapi, bukan senang nak faham kontrak takaful sebab banyak istilah yang tak pernah dengar.

Berikut disenaraikan beberapa istilah umum yang patut kita beri perhatian dan fahami dengan baik. Ini semua dapat membantu dalam memilih pelan yang paling sesuai untuk keadaan dan keperluan kita.

1. Takaful

Pertamanya, mungkin ada yang masih belum faham dengan konsep takaful. Berbeza dengan insurans, takaful sebenarnya melibatkan penyertaan sekumpulan individu yang saling bekerjasama untuk menanggung sebarang musibah atau kemalangan yang berlaku kepada salah seorang ahlinya.

2. Tabarru’

Sumbangan yang diperolehi oleh semua peserta akan dicarum kedalam Dana Tabarru’ (Sumbangan / Derma). Dari segi bahasanya, ianya bermaksud sumbangan ikhlas – yang tidak mengharapkan sebarang balasan. Ia sebenarnya turut diklasifikasikan sebagai suatu bentuk infaq/derma.

Jadi, di sini perlu faham bahawa ia mengamalkan prinsip saling membantu dan berkongsi risiko, bukannya jual beli yang menjanjikan keuntungan. Jika dilihat dari satu sudut lain, tiada istilah ‘wang hangus’ dalam keadaan ini sungguhpun anda tak pernah sakit atau claim sebarang gantirugi kerana ia adalah wang derma yang bakal diganjari pahala lumayan, insha Allah.

3. Wakalah

Perkataan wakalah diambil daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud perwakilan. Secara praktiknya, prinsip wakalah yang dilaksanakan oleh pengendali takaful adalah di mana mereka sebagai wakil kepada peserta/pencarum untuk menguruskan dana yang telah diwujudkan dengan penuh amanah, telus dan profesional.

Bagi tujuan tersebut, caj pengurusan dikenakan berasaskan kepada prinsip perwakilan yang dibayar upah (al-Wakalah bi al-ujrah). Tidak salah sebenarnya untuk anda mengetahui jumlah komisen atau caj pengurusan yang bakal dibayar kepada syarikat takaful. Maklumat ini sepatutnya ada dinyatakan dalam polisi.

4. Dana Risiko

Seperti yang kita dah faham, salah satu tujuan menyertai takaful adalah untuk mendapatkan perlindungan apabila ditimpa musibah. Oleh itu, sebahagian daripada jumlah caruman akan diinfaqkan untuk mewujudkan satu tabungan atau dana yang akan digunakan untuk mengikut jumlah perlindungan yang diambil oleh peserta.

Dana yang dikumpul ini dikenali sebagai Dana Risiko Peserta dan ia bukan hakmilik mutlak syarikat takaful.

5. Mudharabah

Selain bertujuan untuk membiayai peserta yang ditimpa musibah, ada sebahagian yang turut dilaburkan berdasarkan polisi yang dipersetujui.

Mudharabah adalah persetujuan yang membenarkan syarikat melaburkan dana dari caruman. Sebarang keuntungan dari pelaburan ini akan dikongsi mengikut peratusan yang telah ditetapkan..

6. Waiting Period

Setelah anda bersetuju untuk menyertai takaful, terdapat tempoh menunggu / waiting periodsebelum perlindungan bermula. Tempoh ini bergantung kepada syarikat takaful, ada yang 90 hari, ada yang 120 hari, jadi tanya betul-betul dekat ejen.

Kalau waiting period 120 hari, maka apa-apa penyakit atau pampasan hanya boleh dibuat jika ia berlaku selepas tempoh tersebut. Jadi, sebab itulah jangan tunggu ada penyakit baru nak mencarum takaful.

7. Free Look Period

Selain tempoh menunggu, ada juga tempoh di mana pelanggan boleh mengkaji dan meneliti polisi insurans dalam masa yang diberikan, contohnya 15 hari. Kalau tak setuju, mereka boleh membatalkan polisi tersebut dan caruman akan dipulangkan semula.

Manalah tahu, bila dah baca polisi betul-betul tiba-tiba rasa menyesal atau ada tersilap buat keputusan. Jadi, anda ada hak untuk membatalkannya. Senang kata, tiada paksaan ya.

8. Penyakit Spesifik / Specified Illness

Syarikat takaful menyenaraikan beberapa penyakit spesifik dan menetapkan syarat bahawa penyakit-penyakit ini tidak akan dilindungi sekiranya berlaku dalam tempoh yang tertentu.

Sebagai bakal pencarum, dapatkan kepastian dengan meneliti kontrak atau bertanya dengan ejen anda; Apa itu penyakit-penyakit spesifik? Berapa lama tempoh menunggu untuk penyakit spesifik? Ini kerana, ada beberapa penyakit khusus yang mempunyai tempoh menunggu lebih panjang sehingga 120 hari.

9. Penyakit Kritikal / Critical Illness

Selain penyakit spesifik, ada beberapa penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit kritikal dan menetapkan syarat bahawa penyakit-penyakit ini tidak akan dilindungi sekiranya berlaku dalam tempoh yang tertentu.

Jadi, anda juga perlu tahu apakah jenis penyakit yang tergolong dalam kategori ini supaya tidak berlaku salah faham ketika membuat tuntutan nanti. Seperti penyakit spesifik, ketahui juga berapa lama tempoh menunggu untuk penyakit kritikal yang disenaraikan.

10. Pengecualian / Exclusion

Pengecualian melibatkan situasi dan perkara yang tidak dicover oleh polisi takaful. Walaupun kontrak anda panjang berjela, jangan sesekali terlepas pandang bahagian ini. Baca banyak kali dan cuba fahamkan dengan jelas.

Setiap polisi syarikat mempunyai klausa berbeza-beza antara satu sama lain. Antara contoh pengecualian (perkara yang tidak akan ditanggung) dalam takaful adalah:

  • Penyakit sedia ada yang anda rahsiakan, iaitu tidak dinyatakan di dalam borang semasa memohon perlindungan takaful.
  • Penyakit spesifik yang berlaku semasa 120 hari yang pertama tempoh menunggu.
  • Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh menunggu 30 hari, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.
  • Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keadaan sejak lahir, termasuk penyakit keturunan.

11. Pembayaran Bersama

Perhatikan juga 2 istilah ini yang berkait rapat dengan medical card anda, sekiranya ada.

Co-Takaful: Pembayaran bersama yang dikenakan setiap kali buat tuntutan. Mungkin ada, mungkin tak ada. Jadi, semak polisi dengan teliti.

Co-Payment: Pembayaran bersama yang dikenakan sekiranya pelanggan upgrade wad yang melebihi kadar yang ditanggung oleh medical card.

12. Penyakit Sedia Ada

Penyakit Sedia Ada bermaksud hilang upaya Anda/Orang Dilindungi diketahui sewajarnya sebelum Tarikh Permulaan Sijil Asas. Anda/Orang Dilindungi boleh dianggap mengetahui sewajarnya keadan sedia ada di mana keadaan adalah antara salah satu berikut:-

a. Orang dilindungi telah menerima atau sedang menerima rawatan; atau

b. nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan; atau

c. gejala yang jelas dan tepat dapat atau telah dilihat dengan nyata; atau

d. kewujudan dapat dipastikan dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu.

Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya dalam Sijil Asas, tiada manfaat perlu dibayar jika kecerderaan atau penyakit adalah disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa kecerderaan atau penyakit, Orang Dilindungi telah dilindungi selama lebih 12 bulan dari Tarikh Permulaan Sijil Asas dan Anda/Orang Dilindugi sewajarnya telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut dan telah diunderait sepenuhnya dan diterima secara bertulis oleh Kami sebelum permulaan perlindungan.

Ambil Tahu Apa Yang Anda Bayar Setiap Bulan

Sebagai seorang pencarum, kenalah tahu apa manfaat yang boleh anda dapati melalui takaful. Jangan sekadar mengharapkan maklumat daripada ejen dan jangan pula join sebab ikut-ikut orang tanpa meneliti setiap perkara penting yang terkandung di dalamnya.

Nanti, bila tak dapat claim, mulalah kutuk kata takaful tu penipu. Ada saja yang tak puas hati sedangkan semuanya dah tertulis dalam polisi.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: