6 Perkara Takaful Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Ramai yang selalu beranggapan bahawa Takaful hanya akan melindungi kita sewaktu sakit atau semasa berlakunya kemalangan. Tetapi sebenarnya Takaful dapat melindungi kita lebih daripada itu. Tengok sendiri 6 perkara di bawah, pastinya ramai yang tak tahu.

1. Pelepasan Hilang Upaya

Bagi mereka yang bertindak sebagai pencari nafkah utama untuk keluarga, anda memang perlu memohon Takaful di atas sebab ini. Semua orang mengimpikan untuk kekal sihat, tetapi apakan daya malang tidak berbau.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti anda mengalami masalah kesihatan atau pun kemalangan sehingga menyebabkan kecatatan, Takaful ini berupaya melindungi anda dan keluarga daripada segi kewangan.

2. Masalah Mental

Yang ini pasti ramai tak tahu. Polisi Takaful sebenarnya tidak hanya melindungi mereka daripada kecederaan fizikal, tetapi turut melindungi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Tahukah anda dianggarkan seramai 40% penduduk Malaysia mengalami masalah mental?

Tetapi tetap ada syarat-syarat tertentu untuk membuat tuntunan masalah mental ini. Di antaranya, ia tidak akan melindungi pesakit yang cuba membunuh diri atau menyakitkan diri sendiri.

3. Pampasan Penyakit AIDS

Tidak dinafikan bahawa virus HIV boleh merebak dengan pelbagai cara. Salah satu daripadanya adalah melalui proses pemindahan darah. Sekiranya berlaku kemalangan, kecuaian pengamal perubatan menjalankan tugas sehingga menyebabkan anda dijangkiti AIDS, anda boleh menerima pampasan yang sewajarnya.

Tetapi anda perlu tahu bahawa polisi ini hanya akan terpakai, sekiramya anda telah berusaha untuk melindungi diri sendiri daripada dijangkiti. Ini bermakna, sekiranya anda berkongsi jarum suntikan secara sedar dengan menagih dadah, anda tidak akan menerima pampasan penyakit AIDS ini.

4. Kemalangan Yang Menyebabkan Kematian

Sekiramya berlaku kematian akibat kemalangan, polisi yang terdapat dalam takaful dapat membantu untuk mengurangkan beban kewangan. Ramai di kalangan kita yang akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari kemalangan, apatah lagi kematian.

Jadi apa salahnya jika mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih untuk menjamin kestabilan kewangan diri anda dan juga keluarga.

5. Pengkebumian

Bagi pemegang polisi yang meninggal dunia ketika polisi masih aktif, syarikat Takaful akan memberi pampasan sekiramya berlaku kematian – tidak kira ianya disebabkan kemalangan mahu pun masalah kesihatan.

Dapat juga meringankan beban kos pengkebumian yang dianggarkan beribu ringgit – van jenazah, gali kubur dan sebagainya.

Sumber Rujukan: https://ringgitplus.com/en/blog/Insurance/5-Things-You-Didnt-Know-Your-Medical-Card-Can-Cover-You-For.html

6. PENYAKIT TUA (OAD)

Sebarang hilang upaya yang dialami oleh Orang Dilindungi, selepas mencapai umur 65 tahun, akibat daripada kemalangan atau penyakit yang pada pendapat dua pengamal Perubatan yang dilantik oleh Syarikat Takaful, Orang Dilindungi tidak mahu atau pada bila-bila masa selepas itu pernah melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 Aktiviti Kehidupan Harian seperti yang ditakrifkan di bawah tanpa bantuan orang lain, dengan syarat bahawa hilang upaya tersebut dibuktikan untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut dan kecacatan itu tidak wujud pada Tarikh Permulaan atau sebarang tarikh Penguatkuasaan Semula Sijil ini.

Aktiviti Kehidupan Harian adalah seperti berikut:-

a. Mandi – Keupayaan untuk membersihkan diri di tempat mandi atau mandi pancuran atau dengan cara lain yang serupa dengan mengekalkan kebersihan peribadi;

b. Pemakain – keupayaan untuk mamakai dan menanggalkan pakaian sendiri dan untuk memakai dan mengambil sebarang peralatan perubatan yang biasa diperlukan;

c. Menggunakan tandas – keupayaan untuk melakukan semua yang berikut:

i) pergi dan keluar tandas;

ii) duduk dan bangun dari tandas; dan

iii) mengekalkan tahap kebersihan diri yang mencukupi

d. Makan – keupayaan untuk mengambil sebarang bentuk makanan apabila sudah disediakan atau dihidangkan.

e. Pergerakkan – keupayaan untuk mengerakkan diri sendiri ke dalam dan keluar dari kerusi atau katil.

Pampasan akan dibayar 100% mengikut Sum Covered yang diambil dan tidak melebihi RM1 Juta.

Banyak Juga Kegunaan Takaful Yang Kita Tak Nampak

Ramai yang masih tidak menyedari kepentingan mempunyai perlindungan Takaful. Sebab tak faham dan tak tahu inilah, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful.

Banyak sebenarnya keistimewaan memiliki Takaful ni. Yang pasti, ianya serba sedikit dapat juga membantu meringankan beban kewangan anda dan keluarga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Harga serta manfaat yang diberikan, mungkin berbeza di antara satu syarikat Takaful dengan syarikat Takaful yang lain. Jadi anda perlu bijak membandingkan pelan perlindungan yang ada, dan pilih yang mana satu bersesuaian dengan bajet anda.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: