20 Mitos Tentang Takaful

MITOS _ATAU FAKTA_.png

Kalau kita tidak tahu hakikat sebenar, kita yang RUGI.

Moga bermanfaat untuk semua.

Jom Ambil Tahu!

……………………………………………………………………

#1 AMBIL DUIT

∞ Mitos – “Takaful nak ambil duit kita”

∞ Hakikat – Takaful bantu uruskan duit kita.

 

#2 ANAK KECIL

∞ Mitos – “Anak masih kecil, Alhamdulillah sihat walafiat. Jauh lagi masa untuk berpenyakit. Lambat lagi nak tua”

∞ Hakikat – Anak kecil sekarang berisiko tinggi untuk menerima penyakit berjangkit yang sukar untuk diubati dan memerlukan kos perubatan yang tinggi.

 

#3 JAMIN ASET

∞ Mitos – “Takaful manfaatnya bila dah mati atau sakit”

∞ Hakikat – Kita boleh lindungi kewangan dengan jumlah pinjaman bank untuk pembelian aset-aset kita. Ia memudahkan waris menjelaskan baki pinjaman.

 

#4 BAYAR

∞ Mitos – “Kalau buat takaful kita jadi miskin, agentnya jadi kaya raya”

∞ Hakikat – Duit kita yang selamat kerana tidak perlu keluarkan duit sendiri bila ditimpa musibah. Dan tiap-tiap bulan kita sumbang ke syarikat takaful bukan ke agent.

 

#5 BELAH BADAN

∞ Mitos – “Kalau mati nanti, kena buat bedah siasat kematian sebab nak claim takaful”

∞ Hakikat – Pampasan kematian hanya perlu sertakan sijil kematian. Proses bedah siasat adalah prosedur kes Polis bukan untuk claim takaful.

 

#6 BELANJA

∞ Mitos – “Ada duit lebih nanti barulah boleh buat takaful”

∞ Hakikat – Menyimpan dahulu. Ada baki baru berbelanja. Agar tidak menyesal di kemudian hari kerana tiada perlindungan kewangan bila ditimpa musibah.

 

#7 HOSPITAL

∞ Mitos – “Hospital kerajaan kan ada, buat apa nak membazir dapatkan rawatan di hospital swasta”

∞ Hakikat – Oleh kerana terlalu ramai yang datang untuk dapatkan bantuan perubatan, bantuan perubatan diutamakan untuk pesakit yang kritikal dan kronik.

 

#8 KEMALANGAN

∞ Mitos – “Kalau ambil takaful, biasanya orang tu mesti accident atau mati lepas tu”

∞ Hakikat – Mati dan kemalangan itu sudah ketentuan Illahi. Syukur Allah dah detik kan hati untuk ambil takaful sebelum itu supaya ada dana untuk waris teruskan hidup.

 

#9 KENAL

∞ Mitos – “Tak nak lah jumpa dia sebab dia tu agent takaful tu”

∞ Hakikat – Untund ada kawan atau saudara mara yang merupakan agent takaful kerana mudah untuk kita dapatkan bantuan dan pampasan bila diperlukan.

 

#10 KUKUH

∞ Mitos – “Takaful ni penipu. Bila kita dah sakit nak claim susahnya”

∞ Hakikat – Kaji dulu syarikat takaful tersebut sebelum mohon. Pilihlah syarikat takaful yang sudah kukuh dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

 

#11 MAJIKAN

∞ Mitos – “Syarikat kan boleh tanggung kos perubatan dan beri pampasan pada kita dan keluarga jika kita sakit atau kemalangan”

∞ Hakikat – Kos perubatan yang ditanggung oleh syarikat ada limitnya. Jika kita kritikal syarikat terpaksa berhentikan kita dari kerja kerana mereka tidak mahu rugi.

 

#12 PENDIDIKAN

∞ Mitos – “Kenapa perlu fikir tabung pendidikan? Kitakan ada biasiswa dan PTPTN untuk biaya anak ke sekolah hingga ke universiti”

∞ Hakikat – Bila anak habis belajar, mereka terpaksa bekerja keras untuk membayar balik hutang pendidikan mereka kepada institusi peminjam wang pendidikan terdahulu.

 

#13 SAKIT

∞ Mitos – “Kalau sakit atau hilang upaya kekal, insya’Allah kita ada kawan-kawan dan saudara mara yang ramai untuk membantu”

∞ Hakikat – Kawan-kawan dan saudara hanya mampu ziarah dan sedekah kan doa kerana mereka juga ada tanggungan untuk dibiaya.

 

#14 SIASAT

∞ Mitos – “Semua penyakit boleh dirawat di hospital kerajaan”

∞ Hakikat – Kena tunggu “waiting list” (berbulan) untuk set temu janji dengan doktor pakar bagi menyiasat apakah penyakit yang sedang kita hadapi.

 

#15 SIHAT

∞ Mitos – “Bila mati baru dapat takaful. Itu pun waris yang dapat”

∞ Hakikat – Bukan sahaja kos perubatan di tanggung bagi menyembuhkan malah diberikan elaun harian inap di hospital dan pembedahan untuk galakkan sihat kembali.

 

#16 BELUM SAKIT

∞ Mitos – “Alhamdulillah sekarang sihat walafiat. Kalau dah sakit nanti barulah ambil takaful”

∞ Hakikat – Syarat layak menerima pampasan dan pembiayaan perubatan adalah sihat tubuh badan ketika memohon takaful.

 

#17 SIMPANAN

∞ Mitos –  “Bazir bayar takaful setiap bulan. Baik simpan duit di bank aje. Nanti banyaklah simpanan kita”

∞ Hakikat – Apabila sakit atau hilang keupayaan kekal sudah tidak mampu bekerja maka tidak dapat menambah simpanan malah perlu keluarkan simpanan.

 

#18 SUSAH

∞ Mitos – “Susah nak berurusan dengan pihak takaful bila kita nak masuk hospital atau buat claim”

∞ Hakikat – Hanya perlu berikan kad perubatan ke kaunter pendaftaran hospital apabila mahu dimasukkan ke hospital.

 

#19 TUA

∞ Mitos – “Kalau buat takaful, kita kena bayar sampai tua”

∞ Hakikat – Yer kena sumbang sehingga 100 tahun. Tapi statistik umur untuk lelaki 73 tahun dan wanita 75 tahun. Tetapi sumbang boleh dibuat pilihan sama ada 60 atau 70 atau 80 tahun bergantung kepada kesesuaian pelanggan.

 

#20 TUNTUTAN

∞ Mitos – “Mana-mana agent takaful boleh tolong buatkan tuntutan kita”

∞ Hakikat – Hanya agent takaful yang telah kita lantik terdahulu yang boleh bantu uruskan hal tuntutan kita. Pilihlah agent yang terbaik dan mudah berurusan.

 

Hakikatnya Perlindungan Takaful meruapakan keperluan setiap individu masa kini di mana segala kos telah meningkat demi jaminan menampung dan menjalani kehidupan akan datang kerana sakit, hilang upaya atau meninggal dunia pasti terjadi. Sediakan dana sebelum kita atau waris benar-benar memerlukannya.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: