Oleh: Khamarul Azhar Hashim
Kajian Credit Swiss Global Wealth Report, di atas 35 negara OEDC mendapati 52%-81% kekayaan yang diperolehi oleh individu adalah disebabkan pewarisan atau pemindahan harta diantara generasi.
Di Malaysia pula jumlah harta pusaka yang BEKU atau yang gagal dipindahkan diantara generasi adalah RM66 Billion (2016) dan kajian penulis mendapati kadar peningkatan setiap tahun sejak 2006 sehingga 2016 adalah 5.2% . Ini bermakna jika tiada usaha kesedaran kepada masyarakat dilakukan, jumlah RM66 Billion akan meningkat kepada RM69 Billion pada tahun 2017 dan RM73 Billion pada hujung 2018.
Lebih merugikan 90% pemilikan harta pusaka yang beku ini adalah milik orang Islam. Kerugian bagi waris dan kepada orang Islam secara keseluruhan.
Bayangkan jika harta pusaka ini diusahakan untuk menjana ekonomi, jika dizakatkan sahaja RM66 Billion (2.5%) jumlah kutipan zakat adalah RM1.65 Billion iaitu 2.4 kali ganda dari kutipan zakat selangor pada tahun 2016 (RM673 Million). Bayangkan berapa ramai asnaf yang dapat dibantu dan nasib mereka dapat diubah.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Ada beberapa sebab mengapa perkara ini berlaku dan banyak kajian telah dilakukan oleh para penyelidik universiti. Tetapi sebab utama adalah kerana sikap suka yang berlengah lengah berkaitan isu pewarisan.
Akhirnya yang menerima kerugian adalah waris yang disayangi dan kesan ini berlarutan kepada ummah.
Penyelesaian?
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Kunci penyelesaian adalah ditangan pemilik harta. Jika sayang isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, umat Islam bertindak and ambil tindakan sekarang.
Anda Rancang Kerana Anda Sayang.
Tindakan Sekarang
Rancang dengan 4 Langkah Mudah F.A.S.T
1. F = Faraid. Tak kenal maka tak cinta. Kenali Waris Faraid anda. Dapatkan Faraid Analysis Percuma di sini.
Analisis Percuma
2. A = Aset. Fahami status aset atau harta dan implikasi undang undang terhadap harta pusaka apabila meninggal dunia kelak. Ketahui kategori harta and metod pewarisan. Kenal pasti hasrat perancangan harta dan kekangan perlaksanaan.
Pemilikan Aset
3. S = Solusi. Pemilihan Kaedah Pewarisan yang tepat. Pelbagai kaedah syarak seperti Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian, Wasiat 1/3, amanah, pewarisan syarikat, pewarisan bergenarasi dan lain lain. Setiap solusi mempunyai kekuatan dan kelemahan. Bagaimana mengaplikasi semua solusi ini agar dapat memenuhi keperluan si pemilik agar hasrat asal dapat dilestarikan selepas kematian.
Solusi
4. T = Tindakan. Kaedah membuat keputusan berdasarkan matlamat dan motivasi si pemilik harta.
Bertindak Sekarang
Ubah Nasib Keluarga Anda dgn Bertindak.
Walau sedikit lama lama jadi bukit.
Kerana anda nasib generasi akan berubah.
Perubahan bermula dengan Tindakan
Tindakan bermula dengan menekan link ini
Harta Biar Jadi Pusaka, Jangan Jadi Puaka
dan tulis FAST.
ok baiklah,
LikeLike
Jangan tinggalkan org yg disayangi dlm keadaan miskin atau berhutang
LikeLike