Penggantian Pendapatan itu bermaksud Pendapatan kepada diri kita dan keluarga akan berterusan, baik sebelum atau selepas pencen bekerja maupun selepas tiada lagi di dunia ini.
Ujian Kewangan boleh berlaku tanpa diduga dalam kehidupan kita ini. Yang paling biasa adalah:-
- Kematian
- Lumpuh
- Sakit Kritikal
Sekiranya berlaku salah satu daripada musibah di atas, kita mungkin
- Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
- Apabila tiada lagi pekerjaan, maka terputuslah punca pendapatan,
- Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, kita masih lagi perlu meneruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kelangsungan hidup. Bayangkan, bagaimana kita dan/atau keluarga perlu meneruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya.
Jadi, apakah solusinya?
Solusinya ialah menggunakan pelan takaful yang menyediakan jumlah perlindungan yang menyediakan dana tunai yang boleh menggantikan pendapatan pemilik polisi sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.
Contoh kes:
Sebagai contoh, seseorang suami yang berusia 40 tahun, dengan pendapatan RM6,000 sebulan. Mempunyai seorang isteri berumur 38 tahun, 4 orang anak berumur 17, 14, 10 dan 6 tahun.
Berikut adalah cara pengiraaan penggantian pendapatan [income protection];
[Statistik jangkahayat di Malaysia adalah; lelaki 73 tahun & wanita 78 tahun. Anak masih di bawah tanggunggan 25 tahun]
Asas Pengiraan:
Isteri [Umur 38] : 78 – 38 = 40 tahun
Anak 1 [Umur 17] : 25 – 17 = 8 tahun
Anak 2 [Umur 14] : 25 – 14 = 11 tahun
Anak 3 [Umur 10] : 25 – 10 = 15 tahun
Anak 4 [Umur 6] : 25 – 6 = 19 tahun;
Jadi; jarak umur yang paling lama yang perlu ditanggung adalah isteri iaitu 40 tahun. Bermakna pendapatan yang perlu dikekalkan adalah selama 40 tahun.
Gaji tahunan = RM6,000 x 12 bulan = RM72,000
Bermakna jumlah perlindungan yang perlukan adalah = RM72,000 X 40 tahun = RM2,880,000.00
Walaupun begitu, kebiasaannya pengantian pendapatan hanya dikira secara minima iaitu hanya 10 tahun pendapatan. Bermakna; RM72,000 X 10 tahun = RM720,000.00 perlindungan yang diperlukan. Kedua-dua kaedah ini dipanggil Kaedah Pencairan Modal.
Kaedah ini juga digunakan untuk kes-kes sakit kritikal, dengan jumlah perlindungan bagi penyakit kritikal bersamaan 3 hingga 5 tahun pendapatan seseorang.
Adapun begitu terdapat lagi satu cara untuk mengira jumlah perlindungan yang diperlukan yang dipanggil Kaedah Pengekalan Modal.
Kaedah ini, memerlukan pengiraan berdasarkan “passive income” atau pendapatan pasif yang perlu dihasilkan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh. Pasif income yang diperolehi adalah berdasarkan ROI yang paling mudah diperolehi, sebagai contoh di Malaysia adalah ASB atau Tabung Haji yang boleh memberi pulangan sebanyak 6% hingga 8%.
Berdasarkan sampel kes di atas, untuk mendapatkan pulangan dengan ROI 6% yang menyamai RM72,000 setahun adalah RM1,200,000.00. Ini bermakna, wang sebanyak RM1,200,000.00 diperlukan untuk disimpan dalam Tabung Haji atau ASB untuk menjana pendapata pasif / passive income sebanyak RM72,000 setiap tahun.
RM1,200,000.00 X 6% SETAHUN = RM72,000 SETAHUN
Jadi, melalui kaedah ini, seseorang yang berpendapatan RM6,000 sebulan atau RM72,000 setahun memerlukan perlindungan pendapatan sebanyak RM1,200,000.00 supaya sekiranya beraku kematian atau lumpuh, wang pampasan RM1,200,000.00 tadi dapat digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif yang bersamaan pendapatan bulanannya yang hilang akibat kematian atau lumpuh.
Kelebihan kaedah ini ialah wang pampasan tidak akan menyusut kerana wang yang diambil hanyalah wang keuntungan sahaja.