Panduan Memilih Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan

PANDUAN MEMILIH PERLINDUNGAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN

Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful.

Caruman anda akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih pelan takaful berkaitan pelaburan seperti yang kami terangkan berikut:

Perlindungan takaful

Caruman anda biasanya memberi perlindungan takaful daripada kematian dan hilang upaya. Walau bagaimanapun, dengan caruman tambahan, anda boleh meluaskan perlindungan asas bagi merangkumi kemalangan diri dan penyakit kritikal.

Pilihan dana pelaburan

Anda diberi pilihan melabur dalam pelbagai dana pelaburan. Harga unit berkaitan pelaburan berubah mengikut nilai semasa dana pelaburan. Oleh itu, anda haruslah memilih dana pelaburan yang sesuai dengan paras risiko yang mampu anda ambil, kerana anda akan menanggung sepenuhnya risiko pelaburan itu. Prestasi dana pelaburan bagi tahun-tahun sebelumnya mungkin tidak boleh dijadikan panduan yang boleh dipercayai bagi menjangka prestasi akan datang.

Fi dan caj

Pengendali takaful mungkin akan mengenakan fi dan caj bagi perkhidmatan yang diberikan seperti fi pengurusan dana, caj perkhidmatan dan penyerahan.

Fi pengurusan dana

Fi pengurusan dana dikenakan secara tahunan dan dikira sebagai peratusan daripada nilai dana pelaburan. Anda haruslah mengetahui jenis-jenis serta cara-cara fi dan caj yang dikenakan.

Alihan dana

Sekiranya anda berasa anda telah tersalah membuat pilihan atau anda ingin menukar profil portfolio pelaburan anda, anda dibenarkan untuk menukarkan unit anda daripada satu dana pelaburan kepada dana yang lain.

Kebanyakan pengendali takaful membenarkan satu alihan setahun tanpa mengenakan sebarang fi. Bagi alihan tambahan, fi yang rendah mungkin dikenakan.

Nilai tunai terkumpul

Caruman berkala takaful berkaitan pelaburan mungkin tidak mengumpul nilai tunai yang mencukupi pada peringkat awal sijil. Ini bermakna sekiranya sijil ditamatkan pada peringkat awal, anda mungkin tidak akan mendapat balik sebarang nilai pelaburan.

Harga bida dan harga tawaran

Anda akan diberikan dua harga: harga tawaran untuk unit jualan dan harga bida untuk pembelian balik, sama seperti unit amanah. Perbezaan di antara harga tawaran dan harga bida dipanggil ‘spread’ bida/tawaran dan ia biasanya dinyatakan sebagai peratusan daripada harga tawaran, biasanya sekitar 5%.

Tempoh bertenang

Anda mempunyai 15 hari tempoh membuat keputusan bagi membolehkan anda memikirkan sama ada mahu meneruskan dengan pelan takaful berkaitan pelaburan berkaitan selepas anda menandatanganinya. Sekiranya anda bercadang membatalkan pelan anda dalam tempoh tersebut, pengendali takaful akan memulangkan unit pelaburan dan caruman tabarru’ selepas ditolak fi perubatan dan kos pengunderaitan dalam penaksiran risiko.

Nilai unit berkaitan pelaburan yang dipulangkan adalah berdasarkan harga seperti yang dinyatakan dalam sijil.

Jika masih lagi ada keraguan dalam memilih pelan takaful sila hubungi kami untuk bantuan.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: