TIPS MEMILIH JENIS PELABURAN

Dengan mengambil kira faktor inflasi & time value of money (TVM) selalu lah kita mendengar ada baiknya kita melabur untuk meningkatkan nilai & jumlah wang kita. Tapi bila dah nak melabur, tak tahu pulak nak melabur kat mana?

Secara amnya terdapat dua kategori utama pelaburan iaitu real assets & financial assets.

🔹Real assets – Aset yang wujud & nyata (dapat dilihat,disentuh dan dimanfaatkan secara langsung). Contoh real assets ini ialah rumah, peralatan, barang kemas, inventori & artwork.

🔹Financial assets – Aset yang dimiliki sebagai simpanan jangka panjang, yang akan digunakan di masa yang akan datang. Contoh ialah bonds, stok dan unit amanah.

Sebelum membuat pilihan kita perlu mengambil kira beberapa perkara;

✔ Tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan

🔸Ada orang yang tak kisah dengan risiko tinggi asalkan dapat pulangan yang tinggi & ada orang yang suka risiko yang rendah walaupun pulangannya pun rendah. (High risk = High Return vs Low Risk = Low Return)

✔ Apakah matlamat kewangan anda?

🔸 Adakah anda melabur untuk dapatkan keuntungan segera ? untuk tabung persaraan ? atau untuk passive income ?

✔ Pendapatan kita ketika melabur

🔸 Lebih tinggi pendapatan maka lebih tinggi jumlah yang boleh dilaburkan.

✔ Melabur lah dengan ILMU

🔸Dapatkan maklumat secukupnya mengenai pelaburan yang bakal anda pilih. Jangan lah kita melabur ikut perasaan dan naluri. Sebagai contoh jika anda ingin melabur dalam unit amanah, pastikan anda tahu jenis unit amanah dan syarikat yang menguruskan unit amanah itu. Ketahui sejarah prestasi dana dan buat beberapa perbandingan antara dana-dana yang lain. Kalau dah tak larat nak research tu carilah consultants atau ejen unit amanah yang bagus & boleh dipercayai. Dia orang ni lebih arif & lebih update pasal prestasi dana-dana.

✔ Pernah dengar tak istilah “don’t put all your eggs in one basket”?

🔸Dalam konteks pelaburan ini bermaksud melaburlah dalam lebih daripada satu produk pelaburan. Ini adalah bertujuan mengurangkan risiko seandainya sesuatu produk yang anda pilih mengalami penurunan prestasi.

✔ Kecairan

🔸Contoh kalau anda memerlukan wang pada jangka masa yang pendek (2-3 bulan) anda mungkin lebih baik masukkan wang anda kedalam deposit bank yang lebih mudah dicairkan berbanding bonds.

✔ Umur juga faktor penting kerana ia menentukan berapa peratusan yang dimasukkan ke instrumen agresif atau konservatif.

🔸Contoh kalau 5 tahun lagi nak bersara , kita mungkin lebih kepada instrumen yang lebih konservatif.

✔ Akhir sekali jangan lah terjebak dalam SKIM CEPAT KAYA.

🔸 SCAMs ni banyak muncul setiap tahun selalunya bertopengkan “background story” yang sangat menarik tetapi semuanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memisahkan anda dengan wang kesayangan anda.

– JOM MULAKAN PELABURAN –

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: