Terdapat enam (6) faktor utama sebelum memilih untuk melabur dalam dana amanah; iaitu:-
- Pengendali Dana Amanah – Di Phillip Mutual Berhad terdapat lebih dari 25 pengendali Dana Amanah.
- Jenis Dana Amanah – Terdapat dua jenis dana iaitu konvensional dan patuh shariah yang mana lebih dari 350 dana amanah yang boleh dilaburkan.
- Jumlah Pulangan – Prestasi dana adalah penting sebelum melabur. Prestasi dana boleh dilihat melalui Fund Fact Sheets.
- Caj Jualan – Mengetahui berapa caj yang dikenakan setiap dana adalah penting untuk memastikan anda memilih dana terbaik dengan kadar caj jualan yang rendah.
- Keuntungan Bersih dan Modal – Penyata pelaburan akan diberikan oleh pihak syarikat pengendali atau perunding dana amanah.
- Penilaian Risiko – Segala keterangan penilian risiko dana boleh dirujuk di Fund Fact Sheets.
Semoga panduan yang diberikan lebih mudah untuk anda memilih dana mengikut keperluan anda.