12 ASBAB KENAPA MESTI MILIKI POLISI TAKAFUL

takaful12.png

Dalam dunia yang sangat mencabar ini, masih ramai yang belum memiliki perlindungan asas seperti perlindungan hayat, perlindungan 36 jenis penyakit kritikal, perlindungan kemalangan, manfaat hospital, pembiayaan perubatan hospital  atau  gentian pendapatan.

Antara faktornya ialah masih ramai tak faham kenapa perlindungan takaful ini diperlukan. Malah, ada yang mengatakan, ini semua pembaziran, penipuan dan menyusahkan hidup sebab tak dpt nak berbelanja.

Apa yg anda perlu faham, ialah sedang anda sibuk bekerja, secara tiba-tiba saja anda diserang penyakit kritikal lalu anda rebah dan lumpuh, ia datang tanpa anda sedari.

Segala kemewahan anda terpaksa digadai untuk tujuan perubatan. Alangkah indahnya jika ketika itu ada yang take care semua bil-bil perubatan anda…Ketika itu anda berkata “kalaulah aku ada medical card”

Kemudian tiba-tiba majikan anda pecat anda sbb tidak sanggup lagi tanggung segala perbelanjaan perubatan anda..seperti menanggung biawak hidup…maka ketika ini anda akan berkata “alangkah bagusnya kalau aku ambil income replacement dengan si Takaful tu”.

Kemudian tiba-tiba anak nak sambung belajar. Dalam keadaan anda lumpuh dan jobless mana nak cari duit untuk anak sambung belajar…PTPTN ? Bukan senang nak mohon PTPTN jika tiada akaun SPPNi-Plus…” Alangkah baiknya kalau dulu aku menyimpan dalam takaful pendidikan anak, kalau aku simpan haritu, segala simpanan anak aku takkan terhenti bila aku lumpuh, syarikat takaful akan meneruskan caruman sehingga terkumpul sejumlah wang untuk mereka sambung ke menara gading”.

“Tetapi nak buat macam mana…ini semua dah takdir”…salah takdir pula..

Padahal, diri sendiri tak paham apakah keperluan atau kepentingan takaful sebenarnya.

ADA 12 KELEBIHAN ATAU KEPENTINGAN TAKAFUL YANG PERLU ANDA KETAHUI.

  1. Sebagai ganti Insurans Konvensional – Takaful bebaskan umat Islam dari unsur haram.
  2. Sebagai ganti kad kredit – Medical Card Takaful bebaskan anda dari hutang dan elakkan daripada jatuh muflis akibat kos perubatan yang tinggi.
  3. Sebagai alternatif kepada SOCSO – Takaful beri perlindungan jika jatuh sakit dan kemalangan 24 jam, dimana jua anda berada, tidak hanya pada waktu bekerja.
  4. Sebagai alternatif kepada KWSP – Takaful akan melabur wang yang anda simpan, dan dalam masa yang sama memberi perlindungan 24 jam sehingga mencapai umur persaraan anda.
  5. Sebagai gantian pendapatan – Takaful mengaktifkan bantuan pendapatan secara bulanan sebagai ganti pendapatan anda jika berlaku lumpuh kekal dan tidak boleh bekerja.
  6. Sebagai penyelamat dari hutang – Takaful menyelamat anda dengan menyelesaikan hutang anda, agar roh anda tidak tergantung akibat hutang dan keluarga anda tidak terbeban.
  7. Sebagai pengecualian cukai – Takaful membantu anda dalam mengurangkan bebanan cukai sebanyak 6k-9k setahun.
  8. Sebagai penyelamat maruah – Takaful menyediakan pampasan kepada isteri-isteri dan anak-anak yang ditinggalkan, supaya tidak hidup terhina dan meminta-minta. Jumlah wang pampasan boleh terus di hibah kepada isteri atau suami atau orang yang tersayang…Tak perlu lagi melalui proses faraid yang memakan masa yang lama dan merumitkan.
  9. Sebagai upah badal haji – Takaful memastikan anda memperolehi haji apabila anda mati atau lumpuh kekal, jika anda belum lagi menunaikan ibadah haji.
  10. Sebagai penaja pendidikan anak – Takaful membolehkan anda menyimpan secara tetap dan berdisiplin untuk dana pendidikan anak anda disamping memberi perlindungan 24 jam kepada anak anda.
  11. Sebagai tempat simpan wang – Takaful menyimpan duit anda dan melaburkannya untuk saham dunia dan saham akhirat anda.
  12. Sebagai penenang atau ketenteraman jiwa ( Peace Of Mind ).

Izinkan kami untuk beri khidmat bantuan kepada anda, kami faham dengan keadaan ekonomi dan politik serta keselamatan awam yang meruncing sekarang, anda terpaksa berjimat cermat dan berhati-hati..terutama jika anda mempunyai ramai tanggungan.

Kami harap, kami dapat bantu anda sekeluarga memiliki perlindungan takaful sesuai dengan bajet anda..supaya anda tak terbeban…supaya anda hidup lebih aman dan tenteram.

 

download

Klik Foto dapatkan pakej percutian TERMURAH!

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: