REPUTASI SYARIKAT
Mei 2004 merupakan detik bersejarah kerana ia menandakan kelahiran Wasiyyah Shoppe Berhad. Bermula dengan pejabat berkeluasan 800 kaki persegi di KLCC sebelum berpindah ke pejabat dua tingkat di Jalan Kuching Kuala Lumpur, mulai Januari 2018 ia bakal beroperasi di pejabat serba baru berkeluasan 9000 kaki persegi di Menara Mitraland Kota Damansara.
Sehingga 1 November 2017, Wasiyyah Shoppe Berhad juga telah membantu 50 000 orang Islam dalam perancangan dan pengurusan harta pusaka mereka.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Berdakwah kepada masyarakat Islam menegakkan Sunnah Rasulullah SAW melalui instrumen perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah.
- Mewujudkan satu platform bagi umat Islam merancang dan mengurus harta pusaka mereka secara efektif dan cekap melalui kaedah Syariah sepenuhnya.
- Mendaulatkan kaedah perancangan harta pusaka Syariah dengan penggunaan maksima instrumen-instrumen Syariah seperti Dokumen Hibah, Dokumen Wasiat Islam, Dokumen Harta Sepencarian, Dokumen Amanah dan Dokumen Waqaf.
- Memelihara keharmonian dan kerukunan institusi kekeluargaan dengan penekanan kepada perhubungan silaturrahim waris selepas kematian pelanggan.
- Meringankan beban waris dengan membantu mereka melalui proses tuntutan harta pusaka dengan cepat dan pada kos yang paling minima.
- Mewujudkan satu peluang keusahawanan baru yang inovatif dan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada penggeraknya.
PRODUK DAN PERKHIDMATAN
- PERKHIDMATAN PENGURUSAN HARTA PERCUMA
- HIBAH
- HARTA SEPENCARIAN
- PERWARISAN PERNIAGAAN
- AL MUTAHABBAH
- PERKHIDMATAN PENYELESAIAN HARTA PUSAKA
Untuk keterangan produk atau temujanji sila klik HOTLINE