URUSAN HARTA PUSAKA HANYA BUAT DOKUMEN SAJA ?

26230795_10208585493073965_6907635126768580491_n

Ramai fikir bahawa urusan harta pusaka boleh selesai hanya dengan buat dokumen sahaja. Bila dokumen dah siap settle bolehlah tarik nafas lega & rileks.

Membuat dokumen sama ada ia telah disahkan mahkamah syariah atau belum , hanyalah separuh dari perjalanan pengurusan pusaka. Ada separuh lagi yang perlu dilalui waris & ia berlaku selepas pembuat dokumen itu mati.

Di Malaysia suka atau tidak suka ada 2 set undang2 perlu dilalui waris iaitu undang2 Syariah & undang2 Sivil. Undang2 Syariah hanya mempunyai kuasa ke atas isu siapa yang berhak ke atas harta seperti sijil faraid, sahtaraf perkahwinan, penentuan nasab keturunan, wasiat , hibah, harta sepencarian dll.

Undang2 sivil pula sama ada suka atau tidak tetap perlu dilalui semua kes pusaka rakyat Malaysia sama ada di Amanah Raya Berhad, Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Kedua2 proses ini saling lengkap melengkapi.

Wasiyyah Shoppe Bhd memposisikan dirinya sebagai VALUE CREATOR dalam industri semenjak 14 tahun lepas ( bukan setahun !)

Perkhidmatan kami semuanya dibangunkan secara original ( bukan ciplak ) dengan falsafah yang jelas iaitu kami ingin membina nilai kepada pelanggan & waris.

Nilai yang “tidak ternilai” ( invaluables) ialah apabila pelanggan meninggal dunia , waris2nya dapat kami bantu melalui semua proses perundangan secara tepat , telus & PERCUMA.

Waris tidak perlu bersusah payah mengeluarkan duit atau turun naik mana2 pejabat. Semuanya kami uruskan. Pada kami cukuplah waris tertekan & bersedih dengan kehilangan pelanggan. Stress nak tuntut harta pusaka biar kami yang tangani.

Falsafah ini berbeza dengan sesetengah organisasi yang hanya “menjual kertas timbang kati”. Mereka ini hanyalah penjual dokumen semata2.

Mereka caj pelanggan ikut skala tertentu & selepas dokumen disediakan atau telah disahkan mahkamah syariah, mereka cuci tangan sedangkan ada proses lagi menunggu waris selepas pelanggan mati ! Yang pastinya akan berlaku , waris akan terkial2 mencari penyelesaian urusan pusaka kerana syarikat ini sudah tutup !

Sebab itu bila nak merancang harta pusaka cek dulu latarbelakang organisasi. Cek laman webnya . Siapa lembaga pengarahnya. Siapa panel Syariahnya. Berapa jumlah modal berbayarnya . Berapa lama pengalamannya

Sila cek www.wasiyyahshoppe.com.my untuk maklumat korporat penuh Wasiyyah Shoppe Berhad.

Hari ini masyarakat perlu hati2 kerana sudah ada organisasi syarikat RM2 yang ‘”tukang2 cakap” utamanya sibuk dok ceramah satu Malaysia tetapi namanya sendiri tiada dalam daftar perniagaan syarikat tersebut. Walau bagus manapun kelihatan produk organisasi sebegini , semak dahulu siapa mereka. Cek dulu laman webnya.

Akauntabiliti & integriti mereka ini sangat diragui kerana mereka mengaku profesional & orang yang memiliki syarikat itu tetapi namanya tiada sebagai Pengarah ataupun Pemegang saham. Pelik tak ? Macam ada sesuatu yang disembunyikan.

Kenapa faktor ini penting ? Kerana jika apa2 berlaku kepada syarikat, mereka dengan mudah boleh cuci tangan & kaki. Sedangkan di bawah Akta Syarikat 2016 , Pengarah memegang tanggungjawab sangat besar & berat.

Nak pilih organisasi mana , VALUE CREATOR mantap berpengalaman belasan tahun dengan rekod terbukti atau tukang jual kertas timbang kati syarikat RM 2 yang ada kemungkinan cuci tangan pada bila2 masa ?

Perunding kewangan profesional CFP , RFP atau apa P sekalipun di luar sana , semak latarbelakang organisasi yg anda ingin “associate” diri anda sebelum anda perkenalkan pelanggan anda kerana kepentingan pelanggan adalah tanggungjawab anda. Kesian pelanggan.

Pilihan di tangan anda kerana bukan sahaja hasrat yang ingin dicapai , malah nasib waris anda nak melalui proses tuntutan harta pusaka selepas ketiadaan anda lebih penting lagi supaya semua urusan a- z selesai sepenuhnya ! Buatlah pilihan dengan bijak.

#faraidischampion

BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA.

ROARING & SOARING 2018.

 

Credit: Tuan Ariffin Sabirin

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: