RUMAH YANG MASIH DALAM PINJAMAN TIDAK BOLEH DIHIBAHKAN ?

house-2187170__340

Mengikut pandangan Syafie & Hambali harta yang mempunyai cagaran TIDAK BOLEH DIHIBAH kerana ia bukan milik sempurna. Ini dikiaskan dengan tidak sahnya aqad jualbeli harta yang bukan milik kita.

Mengikut pandangan Hanafi & Maliki pula SAH hibah harta yang masih bercagar dengan syarat ada keizinan dari pemegang cagaran. Keizinan ini pula boleh diperolehi walaupun pemberi hibah sudah mati & ia boleh diberi dalam bentuk takaful/insuran, dhoman, sulh.

Mahkamah Syariah di Malaysia dalam urusan penghartaan TIDAK TERIKAT kepada mana2 pandangan mazhab secara rigid. Ia melihat kepada prinsip maslahah , hujahan peguam & ijtihad hakim.

Telah ada alasan penghakiman dari mahkamah syariah di Malaysia dalam kes hibah harta bercagar di mana hakim memutuskan bahawa hibah itu sah & mahkamah mengguna pakai pandangan Hanafi & Maliki bagi kes ini. Malah telah ada 6 kes hibah harta bercagar diluluskan di Malaysia oleh mahkamah syariah.

Jadi untuk mengatakan secara generalisasi bahawa hibah harta bercagar adalah tidak sah adalah TIDAK TEPAT kerana ada kes yang telah disahkan.

Cuma di Malaysia hanya Wasiyyah Shoppe Bhd sahaja yang boleh menolong umat Islam menghibahkan harta mereka yang masih dalam pinjaman kerana kami mempunyai “technical know how” tentang subjek ini hasil kajian ilmiah yang kami jalankan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam UKM.

Kaedah ini pula telah kami bentangkan kembali di dalam Dialog Hibah Bercagar & Hibah Bersyarat dengan pihak2 berotoriti di Malaysia & disahkan boleh berkuatkuasa mengikut undang2 Syarak di Malaysia. Malah salah seorang hakim ( dah pencen ) yang memutuskan hibah harta bercagar adalah SAH mengikut undang2 Syarak di Malaysia turut berkongsi pandangan pakar beliau bagi kes ini.

Jadi kepada umat Islam yang BERMASLAHAH ( bukan berhelah ! ) mempunyai rumah masih dalam pinjaman & ingin menghibahkan rumah ini kepada pihak2 tertentu , boleh hubungi perunding kami yang berdaftar di 0132294616. In Shaa Allah kami boleh membantu.

Credit : Tuan Ariffin Sabirin (Wasiyyah Shoppe Bhd)

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: