KEBANYAKAN WASIAT YANG MELANTIK WASI YANG DIBUAT OLEH ORANG ISLAM DI MALAYSIA HARI INI TIDAK BERKUATKUASA ? BETUL KE ?

Berjuta orang Islam di Malaysia telah membuat wasiat yang melantik pihak tertentu sebagai wasi. Ini dipanggil wasiat yang melantik wasi. Kandungan wasiat itu ialah perlantikan wasi dan tanggungjawab wasi ke atas urusan harta pusaka. Inilah wasiat yang dipromosikan bank2 & syarikat amanah. Beberapa ratus RM sehingga beberapa ribu RM dicaj bagi tujuan ini.

Wasi sebenarnya bukan sahaja boleh dilantik dari kalangan syarikat amanah sahaja malah boleh juga dilantik di kalangan individu. Masalah wasi individu pecah amanah , mati dulu dari pewasiat etc. JIKA SI MATI MENINGGALKAN HARTA PUSAKA BERNILAI RM 2 JUTA KE ATAS & KES DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI SIVIL.

Wasiat yang melantik wasi ini SAH & BERKUATKUASA jika harta simati jatuh di bawah kategori ini. Jika ada waris2 tidak setuju dengan wasiat ini mereka perlu mencabar wasiat ini di Mahkamah Tinggi Sivil dengan menghujahkan kenapa mereka tidak setuju dengan wasiat ini. Dalam banyak keadaan wasiat ini berkuatkuasa.

JIKA SI MATI MENINGGALKAN HARTA PUSAKA BERNILAI RM 2 JUTA KE BAWAH MEMPUNYAI HARTANAH & KES DIBICARAKAN DI PEJABAT PESAKA KECIL.

Kebanyakan orang Islam sebenarnya jatuh di bawah kategori ini. Jika ada wasiat melantik wasi & ia tidak dipersetujui oleh waris , bicara akan ditangguhkan di Pejabat Pesaka Kecil & kes dirujuk ke Mahkamah Syariah. Prosedur ini telah saya sahkan berulang2 kali dengan beberapa KPP Pejabat Pesaka Kecil. Pesaka Kecil akan menuruti sahaja apa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah berkaitan wasiat ini.

Apabila pengesahan wasiat yang melantik wasi ini ingin disahkan oleh Mahkamah Syariah , hakim akan melihat kepada proviso2 ( peruntukan ) yang ada tentang subjek matter iaitu wasiat yang melantik wasi.

Bagi negeri2 yang mempunyai enakmen wasiat seperti Selangor , Melaka, N9, Kelantan & Sabah , TIADA peruntukan menyebut tentang wasiat yang melantik wasi kecuali perlantikan Majlis Agama Islam negeri2 berkenaan.

Dalam lain perkataan , Mahkamah Syariah tidak juga mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan wasiat yang melantik syarikat amanah atau individu sebagai wasi kecuali jika yang dilantik ialah Majlis Agama Islam Negeri yang mempunyai enakmen wasiat . Ini telah saya sahkan dengan beberapa orang hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Jadi di mana kedudukan wasiat yang melantik wasi bagi orang Islam yang jatuh bawah kategori ini ?

Jika waris setuju maka wasi yang dilantik akan menjadi Pentadbir. Jika waris tidak bersetuju maka wasiat itu tidak tergunapakai.

Ada organisasi tertentu di Malaysia membawa wasiat melantik wasi ini ke Mahkamah Tinggi Sivil & tidak dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil walaupun kes berkenaan sebenarnya di bawah bidang kuasa Pesaka Kecil.

Alasannya Geran Probet dari Mahkamah Tinggi Sivil boleh dikeluarkan lebih cepat dari Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan oleh Pesaka Kecil .

Ya saya setuju dengan alasan ini sebab Wasiyyah Shoppe Bhd sendiri pun pernah mendapatkan Geran Probet dalam tempoh kurang 10 hari dari tarikh submission. Namun kami tidak pernah memfailkan kes Pesaka Kecil di Mahkamah Tinggi Sivil.

Mereka tahu wasiat melantik mereka sebagai wasi ini TIDAK AKAN BERKUATKUASA jika dibantah waris kerana itu ia dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil kerana wasiat ini berkuatkuasa di sana.

Walaupun secara amalannya kes harta pusaka bernilai RM 2 juta dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil , di dalam Akta Probet & Pentadbiran ada dinyatakan harta bernilai melebihi RM 50 000 pun sudah boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil.

Isunya jika kes yang sepatutnya dibawa ke Pejabat Kecil pun dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil , kos akan bertambah kerana khidmat peguam perlu digunakan . Ini tak termasuk fi pengurusan pusaka yang dikenakan syarikat amanah lagi. Waris akan terbeban dalam situasi ini.

Di Pesaka Kecil waris sendiri boleh memfailkan kes permohonan pusaka tanpa menggunakan khidmat peguam atau syarikat amanah. Jika di Wasiyyah Shoppe Berhad pula khidmat ini kami berikan PERCUMA sahaja kepada waris pelanggan kami.

 

KESIMPULANNYA :

  1. Orang Islam yang mempunyai harta bernilai RM 2 juta ke atas PERLU ada wasiat melantik wasi sebab ia memudahkan urusan pengeluaran Geran Probet.
  2. Orang Islam yang hartanya kurang RM 2 juta wasiat melantik wasi hanyalah panduan sahaja kerana waris boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan wasiat itu. Jika waris tidak setuju wasiat itu tidak tergunapakai.
  3. Apabila kes pusaka yang sepatutnya dibawa ke Pesaka Kecil dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil , kos akan bertambah & waris akan terbeban terutama jika simati tidak meninggalkan harta alih seperti tunai yang boleh ditolak sebagai fi oleh syarikat amanah. Ada kes yang kami temui wasi syarikat amanah menjual sebahagian harta pusaka untuk mendapatkan tunai bagi menjelaskan fi mereka bila simati tidak meninggalkan tunai & waris pula tidak mampu membayar.
  4. Jika pengurusan harta pusaka boleh dibuat PERCUMA kenapa pula nak berbayar ? Ada pilihan di tangan anda.

Saya harap penerangan saya ini dapat memberi penjelasan mengenai WASIAT YANG MELANTIK WASI.

Credit: Tuan Ariffin Sabirin (Wasiyyah Shoppe Bhd)

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: