ASAS PENTING BAGI PRODUK TAKAFUL

polisiAdakah anda tahu atau jelas dengan sesuatu produk perlindungan takaful!

Sebenarnya, ada pun jenis produk takaful dari mana-mana pengendali takaful, ia cuma berasaskan kepada 4 jenis sahaja:

1. Endowment policy
2. Whole life policy
3. Term policy

4. Personal Accident

Bukan semua agen takaful (perunding takaful) yang tak tahu tentang 4 asas sesuatu polisi ini, inikan orang pelanggan yan baru tahu tentang perlindungan takaful.

Ia sangat penting untuk difahami kerana matlamat takaful adalah memberi perlindungan. Perlindungan pendapatan atau penggantian pendapatan atau medical card yang menanggung bil-bil hospital atau keduanya sekali.

Tetapi anda mempunyai pilihan untuk memilih polisi jenis apa yang harus anda miliki mengikut keperluan dan kemampuan anda.

Tidak dinafikan, disebabkan oleh penyebaran maklumat ini tidak jelas oleh agen, ramai pelanggan yang memiliki perlindungan takaful yang tidak sesuai mengikut keperluan mereka.

Sebelum memiliki polisi takaful, anda perlu tahu.. manfaat asas kepada ketiga-tiga polisi ini sememangnya memberi pampasan Kematian (Death) dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (HUKM or TPD).

1. Endowment Policy
Polisi ini menjanjikan ‘maturity value’ kepada peserta atau orang yang dilindungi. Peserta boleh mencarum secara bulanan dan konsisten selama beberapa tahun, selalunya 10 tahun, 20 tahun atau maksima mungkin sehingga 80 tahun. Peserta atau waris akan menerima pampasan wang sekiranya ditimpa musibah sepanjang tempoh ini dan sekiranya tiada apa-apa berlaku sehingga tempoh matang, maka peserta akan menerima sejumlah wang yang dikenali ‘maturity value’ atau ‘cash value’ yang terkumpul.

 

2. Whole Life Policy.
Berapa ramai yang boleh hidup sehingga umur 100 tahun? Ya, almost tiada. Namun Investment-linked policy ini menjanjikan perlindungan sehingga umur 100 tahun. Kebiasaannya whole life policy tidak membenarkan peserta mencarum untuk sesuatu tempoh. Jika ia berlaku, contoh pilihan tarikh matang 80 tahun atau 100 tahun, ia adalah gabungan endowment policy and whole life policy.

Whole life policy matlamatnya bukan untuk memberi sejumlah wang yang banyak kepada peserta untuk maturity value, namun ia polisi yang mempunyai ‘cash value’. Ramai beranggapan cash value dalam takaful merupakan simpanan. Ya, cuma bukan simpanan yang bakal digunakan untuk matlamat melancong atau persaraan. Cash Value ini boleh berkurang, anda tak perlu terkejut.. kerana fungsi cash value ini adalah untuk menampung kos takaful yang meningkat mengikut umur peserta. Lagi-lagi apabila terdapat rider atau manfaat lain yang ditambah dalam polisi ini. Contohnya medical card, waiver of contribution dan sebagainya.

Jelas sekali, matlamat polisi ini adalah untuk memberi perlindungan untuk manfaat kematian. Dengan caruman yang konsisten, perlindungan anda seumur hidup!

3. Term Policy.
Ya, Term itu maksudnya tempoh. Ini satu polisi yang sangat sesuai untuk orang yang mempumyai bajet yang kecil. Kerana ia fokus kepada perlindungan pendapatan yang tinggi namun bertempoh. Sudah semestinya ianya murah. Namun jangan fikir langsung pasal cash value. Kerana polisi jenis ini khusus kepada mereka yang melihat takaful adalah perlindungan pendapatan, atau takaful adalah life insurance, atau takaful hanya beri manfaat kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh sahaja.

Tempoh pilihan biasanya adalah 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun. Apa terjadi selepas tamat tempoh ini? Anda tidak dapat apa-apa cash value. Balik semula kepada konsep tabarru’ (sedekah) yang menjadi aqad kepada kontrak takaful. Wang anda digunakan untuk membayar kepada mereka yang ditimpa musibah.

Ia sesuai kepada mereka yang baru mula untuk mengambil pelan takaful dengan bajet yang kecil, dan juga sesuai kepada mereka yang ingin menambah jumlah perlindungan pendapatan.

4. Personal Accident (PA).

Tahukah anda bahawa perlindungan kemalangan diri/persendirian iaitu personal accident insurance melindungi orang yang diinsurankan bila-bila masa dua-puluh empat(24) jam sehari tiga ratus enam-puluh lima hari setahun dan diserata dunia anda berada kecuali di negara-negara atau zon  perang seperti Israel, Palestin, Iraq, Syria dan Korea Utara?

Tafsiran insuran kemalangan persendirian ialah ia adalah produk insuran yang melindungi anda dalam sebarang kejadian malang  berlaku yang bersifat ganas, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan yang mengakibatkan berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian.

Pelan Insuran Kemalangan Diri biasa mempunyai ciri-cir menafaat seperti berikut:

  • A: Menafaat Kematian Akibat Kemalangan(Accidental Death Benefit-ADB)
  • B: Menafaat Kecacatan Kekal atau Hilang Upaya Menyeluruh(Accidental Disability and Dismemberment-ADD)
  • B1: Menafaat Hilang Upaya Sementara atau Cacat Sementara(Temporary Disability Allowance)
  • C: Menafaat Kos Rawatan Perubatan(Medical Reimbursement-MR)
  • D: Menafaat Elaun Harian antara 60 hari-180 hari Penginapan Hospital(Daily Hospital Income Allowance-HI)*
  • E: Menafaat Elaun Mingguan selama 52 minggu(Weekly Indemnity-WI)
  • F: Elaun Rawatan Berpanjangan melebihi 15 hari(Inconvenience  Allowance)*
  • G: Menafaat belian alat-alat kerusi roda atau Penyepit Bahu
  • H: Menafaat Demam Denggi
  • I: Elaun Ambulan
  • J: Menafaat Pampasan Kemandulan akibat Kemalangan(Impotency due to Accident Benefit)
  • K: Kehilangan Wang Tunai dan Dokumen Diri akibat ragut(Snatch Theft loss of Cash and personal document  benefits)
  • L: Menafaat Rawatan Perubatan Tradisional Sinseh terhad RM500(Traditional Chinese Medical Treatment by Sinseh)
  • M: Menafaat Kos Beli Lapuran Perubatan(Medical Report Benefit)
  • N:Bonus pembaharuan meningkat setaip tahun daripada 10% hinnga 100%
  • O: Menafaat Melecur(Burnt Benefit)
  • P: Menafaat Tulang Patah(Broken Bone Benefit)
  • Q: Elaun Wang Khairat(Compassionate Allowance)
  • R: Elaun Pengkebumian(Funeral Expenses)
  • S: Menafaat Pemindahan dan Bawa pulang jenazah(Evacuation and Repatriation Benefits)
  • T: Diskaun atau Percuma untuk kanak-kanak untuk pelan Keluarga.
  • * tertakluk kepada pelan-pelan yang anda pilih

Sekian sahaja perkongsian dari saya, jika ada yang tak faham boleh HUBUNGI saya untuk penerangan yang lebih jelas.

Terima kasih kerana membaca.

Sila share jika bermanfaat untuk orang lain.

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: