Apa Keperluan Perlindungan Takaful Untuk Anda?

drmed

Apakah perlindungan takaful yang perlu saya miliki?

Ini adalah soalan cepu emas yang selalu dikemukakan oleh prospek sebelum memiliki perlindungan takaful…

Di Malaysia terdapat pelbagai pengendali takaful dan pelbagai produk yang disediakan untuk pelanggan.

Di antara produk takaful yang biasa kita dengan adalah:-

  • Takaful Pelaburan (Investment-Link)
  • Takaful Simpanan
  • Takaful Pendidikan
  • Takaful Kesihatan
  • Takaful Penyakit Kritikal
  • Takaful Haji/Umrah
  • Takaful Khas Untuk Wanita
  • Takaful Kemalangan Peribadi dan lain2…

Adapun pelbagai produk perlindungan takaful di pasaran, hanya 4 kategori yang perlu dititikberatkan apabila ingin memiliki perlindungan takaful. Iaitu:-

  • Perlindungan Kematian/Lumpuh
  • Perlindungan Penyakit Kritikal
  • Perlindungan Perubatan/Rawatan
  • Perlindungan Kemalangan Diri

Keempat2 perlindungan ini sangat diperlukan walaupun ia sukar untuk berlaku. Tetapi jika berlaku ia akan memberikan kesan yang amat besar. Seperti yang biasa terpapar di media cetak/masa iaitu ada yg bankrup, ada yg terpaksa menjual semua harta dan tak kurang juga ada yg terpaksa hidup miskin.

Kategori #1 – Kematian/Lumpuh

Perlindungan Takaful disediakan hanyalah untuk orang yang sihat sahaja. Jadi, di ketika masih sihat jangan bertangguh untuk memilikinya.

Perkara yang wajib berlaku ke atas semua manusia yang hidup adalah “semua yang hidup wajib mati”. Jadi kematian itu pasti. Jika kematian/lumpuh ini berlaku kepada seorang ketua keluarga. Bagaimana dengan nasib dirinya ataupun keluarga yang ditinggalkan. Dan yang paling ngeri adalah jika simati banyak meninggalkan hutang.

Sekurang2nya, dengan adanya perlindungan takaful ini dapat mengurangkan bebanan yg ditinggal oleh simati serta dapat meringan beban untuk ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan.

Kategori #2 – Penyakit Kritikal

Seperti kategori #1. Perlindungan untuk penyakit kritikal adalah bagi meringankan bebanan yang bakal ditanggung oleh pesakit jika tidak dapat meneruskan pekerjaan. Dengan sejumlah tunai yang dibayar dapat membantu untuk meneruskan kehidupan.

Kategori #3 – Perubatan/Rawatan

Lebih dikenali dengan “Medikal Kad”. Perlu diingatkan bahawa medikal kad ini hanya membayar bil perubatan/rawatan sahaja. Tiada sebarang wang pampasan akan dibayar jika berlaku penyakit kritikal.

Medikal Kad di pasaran terdapat 2 jenis iaitu “Standalone” dan “Rider”. Standalone lebih berbahaya kerana jika terlewat bayar, “waiting period” akan kembali kepada zero. Jadi pemilik medikal kad stanalone perlu memastikan sumbangan dapat dijelaskan tanpa kelewatan. Dan satu lagi yang perlu diingatkan standalone medikal kad ini akan mengalami kenaikkan sumbangan bulanan mengikut peningkatan umur.

Ia berbeza jika medikal kad hanya sebagai “rider”. Jika terlewat membayar, medikal kad ini masih inforced kerana ada saving sebagai backup. Yang paling penting sumbangan bulanan adalah tetap sama walaupun umur telah meningkat.

Kategori #4 – Kemalangan Diri

Ini merupakan perlindungan yang Paling Murah di pasaran. Kerana ia hanya melindungi kematian/lumpuh disebabkan oleh kemalangan. Mengapa ia murah kerana ia tiada “account value”.

Jadi terjawabkah persolan yang bermain diminda perlindungan apakah yang perlu dimiliki? Jika masih ragu2 boleh terus menghubungi saya @ +6018-9109 848 atau klik SAYA PERLUKAN BANTUAN

Published by auliyaagency.com

PERUNDING TAKAFUL REGISTERED BY HONG LEONG MISG TAKAFUL, ETIQA TAKAFUL, MEDISAVERS EHSAN, PHILLIP MUTUAL BERHAD AND WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: